Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mempertingkatkan eShowroom untuk memberi lebih kemudahan kepada mereka yang ingin membeli sebuah Volkswagen.

Pada laman web yang telah ditambah baik itu, pelanggan kini mempunyai akses ke atas unit-unit yang ada untuk dijual di pengedar-pengedar sah Volkswagen di seluruh negara pada masa sebenar.

Berdasarkan seperti konsep ‘siapa cepat dia dapat’, hanya model yang ada di pengedar sahaja akan dipamerkan.

Pelanggan boleh melayari laman web berkenaan untuk mencari apakah model yang ada sekarang dan lokasinya. Kemudian boleh memilih sama ada untuk mendapatkan slot pandu uji atau membuat tempahan secara dalam talian dengan yuran standard RM1,500.

Mereka kemudian akan dihubungi oleh pengedar yang dimahukan untuk langkah-langkah
seterusnya dan melengkapkan pembelian.

Sebagai sebahagian daripada sambutan Merdeka dan Hari Malaysia sepanjang dua bulan depan, pelanggan yang membuat tempahan menerusi eShowroom akan menerima rebat eksklusif sebanyak RM500 atas pembelian mereka.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, “Volkswagen Malaysia sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan pengalaman pemilikan para pelanggan kami bermula dari saat pembelian lagi.

Dengan ini, eShowroom kami dibina di atas konsep untuk membawakan pengedar Volkswagen terus ke hujung jari pelanggan. Kami kini berbesar hati untuk menawarkannya dengan memperkenalkan ciri kebolehdapatan pada masa sebenar. Ia akan memberi kemudahan dan memastikan perjalanan pemilikan yang lebih lancar buat pelanggan.”

Layari eShowroom yang telah dipertingkatkan di: https://eshowroom.volkswagen.com.my/