Sempena Ramadan, Setel dan Siti Khadijah akan menderma telekung bernilai RM100,000 menerusi inisiatif Setulus Kasih bagi menyokong wanita yang memerlukan.

Kolaborasi ini menandakan kerjasama terkini antara Setel dan Siti Khadijah untuk melancarkan pekhidmatan Setel Pay di 31 cawangan Siti Khadijah di seluruh negara, selain memperluaskan Setel Express sebagai rakan penghantar utama bagi jenama pakaian sopan tempatan ini, lantas menawarkan penyelesaian perniagaan bersepadu daripada pembayaran tanpa sentuh hinggalah khidmat penghantaran hari berikutnya untuk menjamin operasi perniagaan yang lancar.

Mazlin Erawati Ab Manan, Ketua Pegawai Eksekutif Setel berkata, “Kerjasama unik ini
membolehkan Setel menyokong komuniti, selain menawarkan penyelesaian bersepadu untuk membolehkan perniagaan meningkatkan pelan pendigitalan menerusi ekosistem Setel.

Mengupayakan pembayaran tanpa sentuh, ditambah dengan khidmat penghantaran untuk Siti Khadijah membuktikan komitmen berterusan kami untuk memastikan pengalaman yang lancar buat pelanggan dan pada masa sama, sempena bulan Ramadan, menghulurkan bantuan untuk mereka yang memerlukannya.”

Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah sementara itu berkongsi, “Peluang kerjasama dengan Setel, salah satunya menerusi Setel Express, memberi manfaat besar kepada Siti Khadijah dari segi khidmat penghantaran. Khidmat penghantaran intra bandar hari berikutnya yang disediakan oleh Setel Express membuktikan komitmen mereka dengan rekod perkhidmatan 100 peratus, sentiasa tepat pada masa.

Bagi Siti Khadijah, aspek logistik adalah kritikal dan Setel Express memenuhi keperluan kami. Dengan rekod yang mantap, kami percaya kualiti perkhidmatan yang sama akan diberikan melalui Setel Pay, iaitu penyelesaian pembayaran lancar untuk runcit.”

Di samping itu, pengguna Setel boleh menggunakan Setel Pay bagi pembelian di mana-mana cawangan Siti Khadijah yang mengambil bahagian dan sebahagian daripada hasil jualan dari 3 April hingga 31 Mei 2022 akan disumbangkan kepada inisiatif derma.

Melalui Setel Pay, pelanggan sesebuah perniagaan dapat menikmati kemudahan pembayaran tanpa sentuh sambil memperoleh mata ganjaran Mesra. Setel Express menawarkan khidmat penghantaran yang lebih lancar dan mampu milik untuk entiti-entiti perniagaan, sekaligus memaksimumkan potensi perniagaan khususnya dalam tempoh pemulihan ekonomi negara.

Pelanggan juga boleh menjejak dengan mudah penghantaran mereka melalui aplikasi Setel.