Cidekick telah melakar kedudukannya dalam sektor ekonomi ‘gig’ dengan penciptaan app baharu untuk memudahcara pemadanan pekerjaan di antara pekerja bebas dan sektor perniagaan.
App tersebut yang dilancarkan pada 18 November 2021, akan memanfaatkan kedua–dua
pihak pencari pekerjaan ‘gig’ dan para majikan bertujuan mempertingkatkan akauntabiliti
dan ketelusan proses pengambilan pekerja dan persekitaran pekerjaan.
Pengasas Cidekick dan Ketua Pegawai Eksekutif Philip Phua berkata, pembangunan app tersebut didorong oleh banyak kejadian persekitaran pekerjaan yang tidak selamat, bayaran yang dilengah-lengahkan, peluang pekerjaan yang tidak bermoral dan eksploitasi pencari kerja sementara.

“Kami ingin membezakan syarikat kami dan ingin menjadi lebih daripada platform pemadanan pekerjaan ‘gig’. App baharu ini akan membolehkan halangan keselamatan
supaya pencari pekerjaan ‘gig’ terutamanya golongan milenial boleh mencari pendapatan sampingan di atas platform yang memastikan akauntabiliti bagi kedua- dua pihak iaitu
majikan dan pekerja.”
Philip menambah ini akan memberikan keyakinan dan keselamatan kepada mereka yang mencari kerja sementara atau pekerjaan ‘gig’ terutatamanya golongan muda yang mungkin tidak mempunyai pendedahan yang ekstensif kepada dunia pekerjaan.
Beliau berkata, Cidekick secara asasnya mencipta platform yang kredibil dan boleh dipercayai bagi mereka yang sedang mencari kerja sebagai promoter, model, kakitangan gudang dan pelayan tetamu antara lain.
Bagi pihak majikan pula mereka dapat memantau prestasi kerja kerana papan pemuka
propritori akan membolehkan mereka untuk menjejak pelbagai pekerja ‘gig’ secara individu
atau secara kolektif.

“Majikan akan mempunyai capaian kepada pelbagai jenis laporan seperti laporan jualan dan laporan pelanggan dan juga boleh mengakses alat video dan foto untuk memudahcara
pengurusan prestasi Cidekick di mana jua dan pada bila – bila masa.”
Sebagai salah satu pemimpin industri, Cidekick merupakan platform terbesar untuk pekerjaan acara dan ‘gig’ di Malaysia. Ia ditubuhkan pada bulan Januari 2016 dan telah
melayan sekitar 15,000 pengguna aktif hingga ke hari ini dengan peningkatan mendadak
ketika dua tahun yang lampau apabila pandemik COVID-19 melanda.
“Ramai pengguna kebelakangan ini adalah bekas pemandu Grab dan pekerja dalam bidang
perhotelan dan peruncitan yang mengalami kesan kewangan yang teruk akibat pandemik.

“Menyedari hakikat ini, kami mempertingkatkan kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor melalui projek Rakan Digital yang dijalankan atas platform kami dan telah
menawarkan dengan jayanya pekerjaan dengan opsyen berkerja dari rumah,”
Philip berkata, dan pekerjaan – pekerjaan ini menawarkan upah di antara RM100 hingga RM150 sehari.
Kakitangan ‘gig’ telah semakin meningkat dewasa ini dengan lebih ramai orang yang ingin
bekerja untuk projek jangka masa singkat yang membolehkan fleksibiliti dan peluang yang
lebih.
Terdapat juga pertambahan pemintaan untuk promoter dalam talian dan kakitangan gudang disebabkan oleh pertambahan dalam jualan dalam talian dan juga akibat terciptanya ekonomi ‘gig’ baharu seperti pencipta kandungan mudah alih.
Kesemua faktor- faktor ini menggalak pertumbuhan industri dan menyebabkan Cidekick
menarik lebih ramai pengguna baik dari segi majikan ataupun pengguna.
Cidekick telah dengan jayanya membantu lebih dari 300 pelanggan untuk memenuhi
keperluan pekerja ‘gig’ mereka sejak penubuhannya. Ini termasuk kerajaan negeri Selangor, Grab, Foodpanda, Touch ‘n Go, Fave, Caring, Signature Market, di antara lain dan lebih 50,000 jam kerja yang direkod.

Kini ia telah mencatat keuntungan selepas 5 tahun beroperasi, syarikat sedang mencari peluang untuk membina keyakinan para pelabur untuk menjadi platform pekerja ‘gig’ yang terbesar dan pertama di Asia Tenggara untuk menawarkan pelbagai peluang kepada aktiviti
utamanya.
“Kami ingin berkembang di seluruh Asia Tenggara untuk menawarkan peluang ekonomi yang lebih kepada pekerja ‘gig’. Seiring dengan pertambahan automasi, akan terdapatnya beberapa posisi yang memerlukan interaksi manusia dan kreativiti. Kami juga percaya yang pelanggan – pelanggan kami memerlukan pendekatan peribadi untuk tujuan pemasaran dan acara,” kata Philip.
Cidekick telah menerima pembiayaan permulaan sebanyak RM775,000 daripada Cradle
Malaysia di bawah program DEQ800. Philip kini mencari pelabur – pelabur baharu untuk
mebiayai pertumbuhan dan pengembangan syarikatnya.
Syarikat telah pun mengadakan perbincangan untuk mengembangkan perniagaannya ke
Indonesia pada tahun depan, terdapat juga perancangan untuk menembusi pasaran
Thailand dan Singapura.

































