Pengerusi NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican yg juga Professor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Akademi Penerbangan Malaysia (MAvA), Khairul A’ amali Ismail di Sepang, baru-baru ini.

Akademi ini yang mula beroperasi pada tahun 2009 apabila dipindahkan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan bertukar nama dari Kolej Penerbangan Awam kepada Akademi Penerbangan Awam pada tahun yang sama.

Selain tempat yang strategik pelbagai kemudahan latihan disediakan antaranya Sistem Simulator yang canggih dimana seolah- olah pelatih mengawal trafik udara dalam keadaan yang sebenar.

Mustapha di temani Khairul melawat bilik kuliah di Akademi berkenaan.

Khairul berkata, visi & misi Akademi adalah untuk menjadi antara pusat latihan penerbangan terbaik di dunia dengan memberikan latihan yang berkualiti tinggi.

“Kualiti latihan amat penting ditekankan kepada pelatih berdasarkan strategi, teknik dan pengalaman yang bermakna bila keluar dari Akademi ini.

Pada tahun 2018 Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah menjadi Badan Berkanun Persekutuan dan bertukar nama kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi memastikan industri penerbangan awam negara terus mampan, meningkatkan daya saing dan pengurusan yang lebih efisien.

Simulator Kawalan Trafik Udara yang termoden

Menurut Khairul lagi, program MAvA dengan kerjasama Malaysia Technical Cooperation Programme (MTCP) di bawah Kementerian Luar Negeri telah melatih lebih daripada 400 orang peserta antarabangsa dari 110 negara.

“Ini suatu pencapaian yang amat membanggakan. Disamping itu, Akademi ini juga menjalankan pelbagai kursus dan program yang melibatkan pelbagai aspek penerbangan awam termasuk keselamatan dan prosidur teknikal di lapangan terbang,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Mustapha pula berpandangan, Akademi Penerbangan in akan menjadi lebih baik sekiranya dapat dibuka ruang untuk para pelajar dari mana-mana Universiti bagi menjalin hubungan kerjasama dalam bidang-bidang penerbangan agar dapat dimanfaatkan.

Mustapha melihat bilik simulator bagi kawalan Trafik Udara ditemani oleh Khairul A’ amali Ismail

“Keperluan asrama dan bilik kuliah yang dinaiktaraf mampu menampung pelajar dan belajar dalam keadaan selesa. Kemudahan infrastruktur yang mematuhi piawaian antarabangsa ini secara tak langsung akan menarik lebih ramai pelatih dari luar negara untuk menjalani latihan di Akademi ini,” katanya.

Mustapha yang pernah menjadi Ahli Panel Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), termasuklah pemilihan pegawai bagi jawatan Pemeriksa Kapal Terbang (Jurutera Kapal Terbang) dan Pegawai Kawalan Trafik Udara (PKTU) sejak tahun 2013 hingga 2016 memahami bidang tugas CAAM bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan dimana keselamatan dan efisiensi perkhidmatan penerbangan awam perlu mematuhi piawaian antarabangsa.

Beliau berkata, antara cabaran utama trafik udara yang beroperasi 24 jam yang mengawasi trafik udara yang sibuk memerlukan mereka sentiasa bersedia dan kompeten.

“Kita percaya Akademi Penerbangan Awam Malaysia mampu melahirkan ramai pelatih tempatan dan antarabangsa yang cekap dan terlatih bagi memenuhi permintaan dan cabaran industri penerbangan awam pada masa akan datang.

“Secara tidak langsung ini dapat memperkenalkan Malaysia di pentas Antarabangsa,” katanya.