Bagi meraikan pelancaran telco-asurans yang pertama di Malaysia, U Mobile bakal membekalkan pelanggan prabayar dan pascabayar terpilih dengan langganan GOLIFE 5 percuma selama 2 bulan.

GOLIFE 5 adalah satu daripada dua produk insurans mikro yang ditawarkan oleh U Mobile bermula hari ini.

Langganan percuma GOLIFE 5 yang bernilai RM5 setiap bulan membekalkan pelanggan dengan:

  • Perlindungan insurans sehingga RM18,000 untuk kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
  • Perlindungan insursans sehingga RM36,000 untuk kematian atau TPD berpunca daripada penyakit-penyakit berjangkit yang spesifik seperti demam denggi, demam chikungunya, malaria, Ensefalitis Jepun (JE), selesema Avian atau jangkitan virus Zika

Mengenai GOLIFE

GOLIFE merupakan produk insurans U Mobile yang pertama. Pelanggan U Mobile mampu memohon, melanggan dan menguruskan insurans hayat mereka sepenuhnya melalui  telefon mudah alih.

Selain GOLIFE 5, pelanggan juga boleh memilih GOLIFE 10 yang menawarkan perlindungan sehingga RM76,000 pada premium RM10 sahaja setiap bulan.

Ciri-ciri utama GOLIFE ialah:

  • Pendaftaran mudah dalam talian – Klik & dapatkan perlindungan segera (hanya memerlukan SATU pengakuan kesihatan)
  • Sangat mampu dimiliki – Dari serendah RM 5 setiap bulan
  • Bayar mengikut hasrat anda, iaitu tiada komitmen bayaran tetap (langgan & batal pada bila-bila masa)
  • 60 hari tempoh jaminan kepuasan – Batalkan dalam masa 60 hari yang pertama dan dapatkan bayaran balik penuh

Umur minimum permohonan pelan GOLIFE ini adalah 18 tahun dan maksimum 45 tahun.

Pelan GOLIFE 5 dan GOLIFE10 ditawarkan kepada pelanggan U Mobile yang layak bermula hari ini. Untuk maklumat lanjut mengenai dua pelan ini, sila layari www.u.com.my atau gunakan aplikasi MyUMobile.

Bagi pelanggan yang dipilih untuk langganan insurans GOLIFE 5 secara percuma selama 2 bulan, mereka akan menerima satu pemberitahuan melalui Aplikasi MyUMobile.

PELAN INSURANS GOLIFE

Produk GOLIFE 5 GOLIFE 10
Premium RM5 setiap bulan RM10 setiap bulan
Jumlah Perlindungan RM18,000 RM38,000
Kematian / TPD disebabkan punca-punca semula jadi
Kematian / TPD disebabkan “penyakit berjangkit spesifik”

*Demam Denggi, Demam Chikungunya, Malaria, Ensefalitis Jepun (JE), Selesema Avian, Jangkitan Virus Zika

2x Jumlah Perlindungan = RM36,000 2x Jumlah Perlindungan = RM76,000
Had Umur 18 – 45 tahun
Tempoh Jaminan Kepuasan 60 hari
Bayaran Balik untuk Pembatalan (Berkaitan dengan Tempoh Jaminan Kepuasan sahaja) Dibayar balik berdasarkan mod bayaran asal pelanggan – akaun pascabayar atau prabayar.
Kriteria pelanggan 1. Mesti merupakan pelanggan U Mobile

2. Hanya untuk Rakyat Malaysia atau Penduduk Tetap dengan Kad Pengenalan yang sah sahaja

Tempoh Perlindungan Pembaharuan bulanan sehingga umur 50 tahun
Jenis Bayaran Bayaran dibuat dengan baki prabayar dan akaun pascabayar, dengan pembaharuan bulanan secara automatik
Mod Premium Bulanan
Cara Langganan Portal U Mobile Self Care & aplikasi MyUMobile
Cara Pembatalan Pusat Hubungan U Mobile, Portal U Mobile Self Care & aplikasi MyUMobile
Cara Penghantaran Sijil E-sijil akan dihantar oleh SLM melalui SMS & e-mel

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini