Ikut serta dalam kempen melalui peraduan di media sosial #MaxisHealthytoHuat yang diilham oleh Tarian Singa dan berpeluang memenangi telefon bimbit 5G

Pada masa yang mencabar ini, Maxis tetap komited untuk menyokong keperluan negara dan pelanggan dengan pelbagai inisiatif. Menjelang perayaan Tahun Baru Cina, Maxis raikan
pesanan yang membawa inspirasi kepada rakyat Malaysia terhadap kepentingan kesihatan dan nilai kekeluargaan pada masa ini.

Maxis RM1 Device Promo

Kemakmuran keluarga sejati membawa makna yang berbeza, seperti yang digambarkan dalam filem perayaan Maxis, Little Lion.

Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun, yang bercita-cita menjadi penari tarian singa yang terkenal dalam kumpulan tarian singa keluarganya, kecewa apabila ahli keluarganya lebih sibuk dengan tugas harian dan bukannya Latihan, apatah lagi ketika dalam kekangan pandemik yang menyebabkan kekurangan tempahan persembahan.

Namun, budak lelaki tersebut mendapat pengajaran bahawa kekayaan dan kemasyhuran
bukanlah segalanya – yang paling penting, keluarga tetap sihat bersama.

“Mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain memang sinonim dengan perayaan Tahun
Baru Cina. Bagaimanapun, keutamaannya telah berubah sejak kebelakangan ini. Kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia perspektif yang berbeza dan makna sebenar perayaan yang sering kali diabaikan – kesihatan diri dan orang yang sayangi.

Kesihatan bersama adalah harta yang paling berharga bagi sebuah keluarga. Dalam perayaan tahun ini, lebih-lebih lagi ketika kita mengharungi pandemik COVID-19, Maxis komited untuk membolehkan rakyat Malaysia untuk Terus Menerajui dan tetap sihat bersama melalui kesalinghubungan digital dan media sosial,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Pemasaran, Maxis.

Seni ‘Healthy to Huat’

Maxis menjemput keluarga di Malaysia untuk mejadi aktif dan sihat bersama di media sosial, melalui aktiviti Tahun Baru Cina yang menyeronokkan, dan diilhamkan oleh pergerakan tarian singa.

Pencipta kandungan, Shaine, Audrey Ooi, Jestinna Kuan, Jorise Lee dan Joe Chang, akan menunjukkan lima gerakan dalam video di media sosial. Dalam semangat perayaan, peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia:

1. Peserta perlu merakam video diri bersama ahli keluarga atau kawan melakonkan salah satu atau semua kelima pergerakan ini dengan kreatif sekali:

  • The Horse Stance
  • The Lion Leaps
  • The Lion’s Drum Beat
  • The Lion Stands Tall
  • The Lion’s Strike

2. Muat naik seberapa banyak video di Facebook Maxis dengan hashtag
#MaxisHealthytoHuat.

3. Peserta dengan video yang menunjukkan kelima-lima gerakan secara paling kreatif
berpeluang memenangi telefon Samsung Galaxy Z Fold2 5G, bernilai RM7,999. Video
tersebut mesti dirakam dengan ahli keluarga atau kawan, dan mesti dimuat naik
menggunakan hashtag #MaxisHealthytoHuat yang betul.

Maxis Samsung 4K TV

Terdapat 15 telefon Samsung Galaxy Z Fold2 5G untuk dimenangi.

Lebih banyak promo Tahun Baru Cina untuk dinikmati
Selalunya, Maxis dan Hotlink ingin memberi ganjaran kepada pelanggannya dengan lebih
banyak promosi dan nilai hebat sempena Tahun Baru Cina