Bagi pemilik Volvo, pengalaman bersama kenderaan bermula jauh sebelum enjin dihidupkan. Kemewahan sebenar adalah apabila anda menikmati ketenangan fikiran dan kemudahan mutlak di rumah sendiri.
Oleh itu, Volvo Car Malaysia memperkenalkan Volvo Wallbox baharu. Pengecas ini tidak sekadar berfungsi mengecas kenderaan, tetapi direka khusus agar sebati dengan kelancaran rutin harian para pemilik kenderaan elektrik (BEV) dan hibrid plug-in (PHEV) Volvo.
Hadir untuk memudahkan kehidupan harian, Volvo Wallbox memberikan pengalaman mengecas di rumah yang lebih stabil dan selamat. Ia menggabungkan teknologi pintar dengan rekaan estetik minimalis Scandinavia yang cukup sinonim dengan Volvo.
Sun Qian, Ketua Penawaran Komersial APeC di Volvo Cars, berkongsi: “Komitmen kami adalah untuk sentiasa menyokong pelanggan dari setiap aspek, bermula dari hari pertama mereka memiliki Volvo.

Volvo Wallbox baharu ini dihubung terus dengan aplikasi Volvo Cars. Ia memberi kuasa kepada pemandu untuk mengawal bukan sahaja kenderaan, tetapi keseluruhan sistem pengecasan di rumah dengan cara yang paling mudah, hanya melalui skrin telefon pintar.”
Direka Khusus Untuk Kehidupan Anda:
- Ketenangan Fikiran: Wallbox ini menyalurkan kelajuan mengecas sehingga 11 kW (menerusi pemasangan 3-fasa), memastikan kenderaan anda sentiasa penuh dan bersedia untuk perjalanan esok hari. Tampil dengan rekaan luaran yang kemas, ia dibina untuk bertahan dengan cuaca Malaysia—kalis cuaca (IP55) agar anda boleh mengecas dengan selamat tanpa mengira hujan mahupun panas, dan didatangkan bersama kabel standard Jenis 2 (Type 2).
- Kemudahan Pintar di Hujung Jari: Menerusi sambungan awan (cloud) melalui Wi-Fi, Ethernet, ataupun kad SIM (pilihan), anda boleh menggunakan aplikasi Volvo Cars App untuk memantau status bateri, memula atau menghentikan sesi pengecasan, serta menetapkan jadual bagi mengoptimumkan bil tenaga elektrik anda.
- Sempurna Untuk Seisi Keluarga: Bagi isi rumah yang mempunyai lebih daripada seorang pemandu atau berkongsi ruang parkir, Wallbox ini disertakan dengan dua keping kad RFID. Ia memudahkan anda berkongsi akses pengecasan secara teratur dan selamat bersama pasangan atau ahli keluarga di rumah yang sama.
- Sedia Untuk Masa Depan: Pengecas ini turut direka sebagai pelaburan jangka panjang. Ia dilengkapi keupayaan untuk dihubungkan dengan meter tenaga luaran, membolehkan anda memanfaatkan lebihan tenaga solar dari bumbung rumah untuk mengecas kenderaan.
- Harga & Pemasangan: Kini tersedia di semua pengedar sah Volvo di seluruh negara, Volvo Wallbox ditawarkan pada harga RM3,990 berserta jaminan perkakasan komprehensif selama 36 bulan demi ketenangan fikiran anda.Bagi menjamin pemasangan di rumah yang selamat dan bertauliah, Volvo bekerjasama dengan pakar dari EV Connection Sdn Bhd untuk menawarkan pakej pemasangan profesional yang telus, bermula dari serendah RM1,600.



































