Kelab Rela kehormat/Bersekutu Wilayah Persekutuan yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr K K Chai telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dengan jayanya dihadiri sebahagian besar Ahli kehormat dan Bersekutu di Ampang, baru-baru ini.

Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga Penasihat NGO-NGO Malaysia Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican yang menghadiri mesyuarat berkata, mesyuarat yang disifatkan cukup harmoni, dalam suasana perpaduan dan kerjasama semua kaum jelas terlihat dengan kehadiran ahli-ahli kelab Rela daripada pelbagai latar belakang kaum.

Pengerusi Kelab Rela kehormat / Bersekutu Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, sepanjang pandemik COVID-19, kelab ini begitu aktif memberikan pelbagai bantuan di dalam dan di luar negara.

Beliau berkata, selain bantuan di luar negara, dalam masa yang sama Kelab ini turut membantu barisan hadapan ketika pandemik COVID-19 dengan pelbagai bantuan.

“Kelab ini juga bercadang untuk menaikkan taraf Persatuan Rela Kehormat/ Bersekutu sekiranya tidak ada halangan di masa depan ini juga bergantung kepada kelulusan ROS dan persetujuan ahli-ahli supaya kelab ini dapat bergerak ke hadapan,” katanya.

Turut hadir Penasihat Kelab Datuk Seri Micheal Chong.