PENGERUSI NGO Antarabangsa yang juga penasihat NGO-NGO Malaysia Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, pengaruh dadah mesti dibendung habis-habisan dikalangan penjawat awam dan keluarga mereka yang tinggal di Putrajaya serta persekitarannya.

Menurutnya, ini kerana penjawat awam yang bekerja di Putrajaya bukan semua tinggal di sini dan ada yang tinggal di Kuala Lumpur, Selangor, Cyberjaya dan Negeri Sembilan serta Melaka.

Mustapha berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Nik Mohd Azurah Raja Abdullah di Putrajaya semalam.

Datuk Dr Mustapha (tengah) bersama Nik Mohd Azurah (kanan) dan Syed Faisal (kiri)

Beliau berkata, dalam pertemuan itu turut disentuh kawalan pengaruh dadah yang membabitkan penjawat awam dan anak-anak mereka.

Sementara itu, Nik Mohd Azurah berkata, setakat ini keadaan di Putrajaya terkawal dan AADK sentiasa membuat operasi bersepadu dengan lain-lain agensi bagi mengawal pengaruh dadah dikalangan penjawat awam dan bukan penjawat awam yang tinggal di Putrajaya.

Mustapha juga berharap ibubapa sentiasa memerhati anak-anak mereka dan mengelakkan anak-anak yang menghisap rokok elektronik iaitu vape kerana ianya senang terdedah dengan pelbagai perkara termasuk dadah.

“Jadi berilah perhatian serius tentang perkara ini dan penekanan kepada agama perlu diberi perhatian agar kita dapat melahirkan pemimpin yang berwawasan demi negara, agama dan bangsa.