Program Bantuan Zakat dan Keperluan Asas – PKPB COVID-19 Siri ke-3 anjuran Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur telah berjaya mengagihkan sebanyak 100 pek makanan keperluan asas kepada golongan asnaf dan yang terkesan akibat COVID-19.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, bantuan itu disalurkan kepada pemandu teksi, pengawal keselamatan sekolah dan petugas stesen minyak sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Alhamdulillah pada 29 Oktober 2020 (Khamis) lalu iaitu bersamaan 12 Rabiulawal 1442 H  bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, kami bersama-sama menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan ini.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan melalui kami ..semoga ia menjadi amal soleh buat bekalan kita di akhirat kelak…jika anda ingin terus membantu salurkan sumbangan zakat/sedekah/infak/fidyah anda secara bank in atau pemindahan online ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 ( Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).