Ajinomoto Co., Inc. (Ajinomoto Co) akan melancarkan aktiviti peningkatan pemakanan mereka secara global dengan pengenalan pada 1 April, 2020 Sistem Pemprofilan Zat Makanan Kumpulan Ajinomoto untuk Produk (ANPS-P).

Sistem itu yang dibangunkan sebagai satu kaedah untuk menilai secara saintifik nilai pemakanan bagi produk seperti sup serbuk dan makanan sejuk beku.

ANPS-P akan merangkumi kira-kira 500 produk di sembilan syarikat Kumpulan Ajinomoto di tujuh buah negara termasuk Jepun (Ajinomoto Co., Inc., Ajinomoto AGF, Inc., Ajinomoto Frozen Foods Co., Inc., AJINOMOTO CO. (THAILAND) LTD., AJINOMOTO VIETNAM CO., LTD., PT AJINOMOTO INDONESIA, AJINOMOTO PHILIPPINES CORPORATION, Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan AJINOMOTO DO BRASIL INDÚSTRIA E COMÉRCIO DE ALIMENTOS LTDA.).

Dunia sedang menghadapi dua isu pemakanan paradoksikal: lebih 2 bilion orang dianggap berisiko untuk penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup akibat kegemukan atau berat badan yang berlebihan disebabkan oleh pengambilan zat makanan yang berlebihan.

Sementara diet mereka lebih cenderung tidak mencukupi dari segi protein, sayur-sayuran, serat makanan dan zat makanan lain. Walau bagaimanapun, adalah sukar bagi pengguna untuk mengamalkan makanan yang seimbang pada setiap hari berdasarkan kepada pengetahuan tentang zat makanan yang penting.

Terdapat minat masyarakat yang semakin meningkat terhadap usaha kerajaan dan syarikat-syarikat untuk meningkatkan pemakanan.

Dengan berlatar-belakangkan ini, syarikat-syarikat makanan global telah mengembang dan memperkenalkan sistem pemprofilan zat makanan (NPS) sebagai kaedah untuk menilai jumlah nutrien di dalam sesuatu makanan secara saintifik bagi mengekspresikan kualiti pemakanan mereka dengan cara yang mudah untuk difahami.

NPS menggunakan satu algoritma khusus untuk menilai kualiti pemakanan bagi makanan sebagai satu skor (nilai numerik) untuk membolehkan perbandingan bagi nilai pemakanan untuk pelbagai produk di dalam kategori yang sama, atau bagi satu produk sebelum dan selepas penyusunan semula, dengan menggunakan satu paksi yang sama untuk penilaian.

ANPS-P itu yang dibangunkan oleh Kumpulan Ajinomoto didasarkan kepada kaedah pemarkahan bagi Sistem Penarafan Bintang Kesihatan, satu NPS yang digunakan terutamanya di Australia dan New Zealand.

Sistem ini menilai nilai pemakanan bagi produk berdasarkan kepada kuantiti bagi setiap nutrien yang tidak boleh digunakan secara berlebihan (kalori, gula tambahan, natrium dan lemak tepu) dan kuantiti bagi setiap kumpulan nutrien dan makanan yang cenderung untuk kurang diwakili di dalam diet dan yang disyorkan pengambilannya (protein, sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, kekacang dan serat makanan).

Pengenalan bagi ANPS-P membolehkan pemahaman yang lebih baik mengenai isu-isu pemakanan dengan menggunakan satu standard umum untuk menilai nilai pemakanan bagi produk-produk Kumpulan Ajinomoto.

Berdasarkan pemahaman ini, Kumpulan Ajinomoto akan terus mengkaji semula produk mereka dan menyediakan produk dengan nilai pemakanan yang tinggi yang memudahkan untuk mengurangkan garam dan pengambilan protein, di antara faedah lain, oleh itu membantu untuk meningkatkan tahap kesihatan pengguna.

Bergerak ke hadapan, Kumpulan Ajinomoto juga merancang untuk mengembang dan memperkenalkan satu NPS untuk makanan yang menggunakan produk Kumpulan Ajinomoto dengan tujuan menyediakan sokongan total bagi satu diet yang seimbang dari segi nutrisi.

Kumpulan Ajinomoto akan terus menyumbang kepada kehidupan yang selesa dan jangka hayat sihat yang lebih lama bagi pengguna ketika ia berubah menjadi sebuah “Syarikat yang Membantu Menyelesaikan Isu-isu Makanan dan Kesihatan