Samsung Malaysia kini memperluaskan lagi penawaran peranti kelas pertengahan melalui Samsung Galaxy A37 5G, yang hadir dengan fokus kepada pengalaman penggunaan harian, tetapi kali ini dengan sentuhan lebih premium daripada segi rekaan dan ciri.
Berdasarkan kepada pasaran, Samsung Siri A kekal menjadi peranti popular rakyat Malaysia kerana prestasi, reka bentuk dan paling penting harga yang berpatutan.
Perkara pertama yang menarik minat Prebiu.com yang berpeluang menguji peranti ini lebih awal sebelum pelancarannya ialah peranti ini lebih ringan berbanding model terdahulu.
Dengan hanya seberat 196gram, peranti ini cukup selesa dipegang dan disimpan dalam kocek seluar mahupun dalam tas tangan bagi golongan wanita.
Bingkai peranti ini yang diperbuat daripada kekemasan plastik menjadi salah satu faktor ia lebih ringan namun tetap kelihatan seakan peranti kelas premium.

Peranti ini dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED 120Hz tanpa sokongan HDR, dikuasakan oleh cip Exynos 1480, memori 8/12 GB RAM, storan 256 GB dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 45W.
Peranti ini juga melepasi piawaian kalis air serta debu IP678 manakala sistem operasi digunakan ialah One UI 8.5 berasaskan Android 16 serta sokongan kemas kini 6 versi Android serta 6 tahun sekuriti.
Kamera
Samsung A37 5G turut dipadankan dengan kamera utama sudut lebar 50MP, ultra lebar 8MP dan makro 5MP manakala kamera swafoto pula sebesar 12MP.
Walaupun tidak menekankan ciri ‘Nightography‘ seperti A57, kamera A37 masih mampu memberikan hasil yang baik untuk kegunaan media sosial dan rakaman harian.
Pengguna juga boleh memanfaatkan ciri suntingan berasaskan AI seperti ‘Object Eraser‘ dan ‘Best Face‘ untuk memperkemas gambar secara terus dari peranti, tanpa perlu aplikasi tambahan.
Kedua-dua model ini hadir dengan sistem tiga kamera yang versatil serta bateri 5,000mAh yang menyokong penggunaan sepanjang hari untuk menonton video atau mengedit kandungan. Selain itu, sokongan kalis air dan habuk IP68 serta sistem keselamatan Samsung Knox Vault memberikan nilai tambah dari aspek ketahanan dan keselamatan data.
Ciri AI yang ditawarkan pula adalah Voice Transcription, AI Select, Object Erase, Best Face Auto Trim dan Circle to Search with Google.
Samsung turut menjanjikan sokongan perisian sehingga enam generasi kemas kini sistem operasi dan keselamatan, menjadikan kedua-dua peranti ini pelaburan jangka panjang yang berbaloi.
Perisian
Apa yang menarik ialah peranti ini dijana cip terbaharu Exynos 1480 (Octa-core) dengan RAM sehingga 12GB (LPDDR5X) manakala storan sehingga 256GB.
Ciri ini menjanjikan kelebihan untuk navigasi lebih lancar, pengunaan untuk pelbagai guna selain peranti ini tidak cepat panas apabila digunakan untuk bermain game.
Samsung turut menyertakan sistem penyejukan vapor chamber untuk memastikan suhu kekal terkawal ketika penggunaan berat
Bateri
Peranti ini dilengkapi dengan keupayaan bateri berkuasa 5000mAh bateri dengan sokongan pengecasan pantas (sekitar 45W). Di atas kertas Samsung mendakwa keupayaan bateri ini mampu bertahan sehingga dua hari untuk kegunaan biasa.
Ini menjadikannya sesuai untuk pengguna yang aktif sepanjang hari tanpa terlalu bergantung kepada pengecas.
Paparan Super AMOLED pula memastikan pengalaman visual yang lebih imersif, sama ada untuk menonton video atau mengedit kandungan. Menerusi gabungan teknologi kamera berkuasa AI, prestasi stabil dan ciri moden, Galaxy A37 5G dilihat mampu memenuhi keperluan pengguna yang mahukan pengalaman fotografi berkualiti tanpa perlu berbelanja besar.
Peranti ini hadir dalam beberapa pilihan warna seperti Awesome Lavender, Awesome Charcoal dan Awesome Graygreen
Apa yang ada dalam kotak
-
- 1x Samsung Galaxy A37 5G
- 1x Kabel pengecas USB-C ke USB-C
- 1x Pin SIM
- 1x Manual
Bagaimanapun, tiada kepala pengecas disertakan.
Untuk pasaran Malaysia, harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:
-
-
- Galaxy A37 5G (12GB + 256GB) = RM1,999 (RM1,899 selepas rebat)
- Galaxy A37 5G (8GB + 256GB) = RM1,899 (RM1,699 selepas rebat)
-
* Nantikan ulasan lebih mendalam Samsung Galaxy A37 5G
#AYETetapNgam
#NgamChoice
#NgamLaju
#GalaxyA37 5G







































