Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung UMT, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr Johari Abdul di Parlimen, semalam bagi membincangkan isu-isu semasa, serantau dan antarabangsa.

Beliau berkata, perkara penting turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah peranan NGO dalam membantu kerajaan dan juga sebagai perantara kepada masyarakat.

“NGO kini penting untuk menyokong dasar-dasar kerajaan dan berhak untuk memberi pandangan yang membina bagi menambahbaik sesuatu perkara bagi kepentingan masyarakat dan negara,” katanya.

Dalam pertemuan ringkas itu beliau turut menyentuh mengenai isu serantau Asean dan antarabangsa khususnya mengenai sokongan Malaysia terhadap perjuangan membebaskan negara Palestin.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini