Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, melancarkan Redly/Pos Malaysia International (Redly), sebuah perkhidmatan antarabangsa merentas sempadan yang menyatukan semua perkhidmatan pos dan penghantaran antarabangsa di bawah satu jenama.

Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Syed Faisal Albar berkata, dengan Redly, kami menyatukan
semua perkhidmatan di bawah satu jenama dengan identiti yang kukuh, jelas,konsisten, dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.

“Dengan janji ‘From anywhere to everywhere’, Redly menghubungkan orang ramai, perniagaan dan komuniti di seluruh dunia, selaras dengan tema Hari Pos Sedunia tahun ini, ‘Local Service. Global Reach’,” katanya.

Apakah itu Redly?

Redly menyatukan semua perkhidmatan antarabangsa Pos Malaysia di bawah satu jenama – menggabungkan pos antarabangsa, bungkusan, kargo, dan penghantaran e-dagang dalam satu platform.

Sama ada anda menghantar surat, dokumen, bungkusan, atau menjalankan operasi logistik global, Redly dapat memudahkan pengalaman pelanggan dengan menawarkan fleksibiliti, ketelusan, dan capaian global.

Sebelum ini ditawarkan di bawah pelbagai nama, perkhidmatan antarabangsa Pos Malaysia kini dikonsolidasikan di bawah jenama Redly, memberikan pengalaman pelanggan yang jelas, konsisten dan berfokus kepada pelanggan.

Dengan “From anywhere to everywhere,” Redly bertujuan untuk memudahkan keterhubungan antarabangsa yang lancar bagi individu, perniagaan, dan komuniti di seluruh dunia.

Tiga Produk Utama Redly
Bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan antarabangsa, Redly menawarkan tiga produk utama:
• RedlyExpress – Perkhidmatan terpantas untuk penghantaran kritikal dengan jaminan
penghantaran pada hari yang ditetapkan serta ketelusan sepenuhnya dari awal hingga akhir.
• RedlyPriority – Perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai pada harga kompetitif.
• RedlyConnect – Penyelesaian kos efektif untuk penghantaran antarabangsa ringan dan
tidak tergesa-gesa.

Pelancaran Redly menandakan evolusi strategik Pos Malaysia dalam memenuhi permintaan
logistik global dan e-dagang yang semakin meningkat. Dengan menyatukan semua perkhidmatan antarabangsa di bawah satu jenama, Redly kini lebih bersedia untuk menawarkan penyelesaian yang lancar, boleh dipercayai, dan inovatif kepada pelanggan di seluruh dunia.

Redly kini tersedia secara rasmi di seluruh negara melalui semua titik sentuh Pos Malaysia,
termasuk pejabat pos, Pos Mini, ejen Pos dan platform dalam talian. Pelanggan kini boleh
mengakses perkhidmatan Redly, dan lebih banyak inovasi akan diperkenalkan pada masa akan datang, termasuk SendParcelPro, sebuah platform penghantaran digital premium.

Seiring perkembangan Redly, Pos Malaysia terus memperkukuh komitmennya terhadap kecemerlangan dalam logistik merentas sempadan serta e-dagang di peringkat antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, sila layari weareredly.com.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini