HONOR secara rasminya memperkenalkan HONOR MagicBook Pro 14, komputer riba paling berkuasa dan lengkap dalam barisan produknya setakat ini.

Menetapkan penanda aras baharu dalam dunia pengkomputeran mudah alih, flagship ini hadir dengan bateri terbesar yang pernah dilihat dalam komputer riba ringan bersaiz 14 inci bagi memberikan kuasa sepanjang hari.

Direka khas untuk golongan profesional, pelajar dan individu kreatif, HONOR MagicBook Pro 14 menggabungkan prestasi unggul dengan ciri perlindungan mata terkini, menjadikannya rakan produktiviti yang ideal di mana sahaja.

Kapasiti Bateri Terbesar dalam Komputer Riba Ringan 14 Inci

Nadi HONOR MagicBook Pro 14 adalah bateri Lithium Polymer 92Wh, bateri pertama seumpamanya dalam kelas komputer riba 14 inci yang menawarkan sehingga 12 jam penggunaan tipikal. Kuasa yang diberikan cukup untuk menjalankan sesi mesyuarat pagi, perbincangan petang dan hiburan malam tanpa perlu mengecas.

Dalam penggunaan sebenar, HONOR MagicBook Pro 14 membuktikan ketahanan luar biasa dengan pelayaran laman sesawang melebihi 7 jam, 10 jam untuk berbual atau berkongsi kandungan, dan lebih 5 jam unutk persidangan video melalui Zoom atau Teams.

Ia adalah penyelesaian ideal untuk golongan profesional dan pelajar yang menghadapi sesi kerja panjang, mesyuarat kolaboratif, atau kelas maya.

Untuk melengkapi bateri berkapasiti besar ini, HONOR MagicBook Pro 14 turut menyokong teknologi HONOR SuperCharge 100W, memberikan pengecasan sehingga 47% dalam hanya 30 minit, dan pengecasan penuh dalam anggaran 68 minit. Sama ada bekerja di kafe, lounge lapangan terbang, atau perlu menghadiri beberapa mesyuarat, keupayaan pengecasan pantas ini memastikan pengguna kekal bertenaga dan produktif sepanjang hari.

Intel Ultra 5 Generasi Kedua: Pakar Multitugas

Dari segi prestasi, HONOR MagicBook Pro 14 dikuasakan oleh prosesor Intel® Core™ Ultra5 Processor 225H dengan 14 teras dan 14 bebenang, serta P-Core Max Turbo Frequency 4.9GHz bagi kestabilan tambahan. Komponen ini menjanjikan keupayaan multitugas yang lancar dan prestasi yang responsif, memberikan pengalaman pengkomputeran yang seimbang tanpa gangguan.

Dengan mod prestasi 65W, komputer riba ini cukup mantap untuk permainan AAA, perisian reka bentuk, dan tugasan produktiviti – semuanya dalam bentuk kompak 14 inci. Sama ada menyunting video, menghasilkan grafik, atau mengurus pelbagai aplikasi, komputer riba ini menjanjikan prestasi yang lancar dan cekap.

Sistem Kawalan Penyejukan Yang Pintar

Sistem penyejukan pintar dwi-mod generasi baharu daripada HONOR kini hadir dengan bilah segitiga, bagi meningkatkan penyejukan sebanyak 8.6%. Reka bentuk inovatif ini turut meningkatkan prestasi keseluruhan sebanyak 60%, dengan aliran udara tambahan sebanyak 23%, disusuli dengan saluran pelepasan haba komposit 3D 12mm yang meningkatkan kecekapan terma sebanyak 25%. Pengguna boleh menukar antara Smart Mode (50W) dan High-Powered Mode (65W), mengikut keperluan sama ada untuk tugas ringan atau tugasan berat.

Teknologi AI HONOR Turbo X

Prestasi hebat dan jangka hayat bateri yang menerajui industri HONOR MagicBook Pro 14 ini terhasil melalui Teknologi HONOR Turbo X, platform pengoptimuman sistem berasaskan AI.

Berasaskan kepakaran mendalam HONOR dalam penalaan sistem daripada industri telefon pintar, HONOR telah membangunkan enjin berprestasi dan kecekapan kuasa secara pintar bagi memberikan pengkomputeran yang lancar dan responsive, serta melanjutkan jangka hayat bateri secara pintar, sekaligus mentakrifkan semula pengalaman penggunaan komputer.

Melalui kerjasama erat bersama peneraju industri seperti Intel dan Microsoft, HONOR berjaya memaksimumkan sinergi perkakasan-perisian, menghasilkan prestasi yang memecahkan rekod dalam peranti terbaharunya.

Rekaan Nipis dan Ringan

Walaupun dilengkapi bateri berkapasiti besar, HONOR MagicBook Pro 14 kekal ringan, hanya seberat 1.37kg dan senipis 15.9mm, menjadikannya teman kerja mudah alih yang ideal. Menampilkan reka bentuk elegan Vine-leaf Curves dengan Double Tangent Arcs yang lembut, komputer riba ini tampil ultra-slim dengan rasa genggaman yang selesa. Ia tersedia dalam warna putih White, menampilkan kemasan electrophoresis mutiara baharu untuk tekstur premium dan anggun.

Nantikan Jualan Hari Pertama Pada 13 Jun

HONOR MagicBook Pro 14 mula dipasarkan di kedai seluruh negara pada 13 Jun 2025 pada harga RM4,999. Ia didatangi dengan kapasiti RAM 32GB RAM dan SSD 1TB dalam warna White. Pembelian komputer riba ini turut disertakan hadiah PERCUMA iaitu Langganan Percuma 1 Tahun Microsoft 365 Personal (prapasang) bersama beg galas HONOR Backpack bernilai RM508.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini