Dahulunya, tanah seluas 3,800 ekar ini terbentang luas sebagai kawasan pertanian yang kaya dengan potensi. Namun kini, Seremban 2 telah berubah menjadi sebuah perbandaran moden yang pesat membangun.

Segalanya bermula pada tahun 1995 di mana IJM Land melihat kawasan ini bukan sekadar hamparan tanah, tetapi sebagai masa depan yang menjanjikan. Dengan visi jauh ke hadapan, IJM Land mengambil langkah berani merealisasikan impian membina sebuah komuniti bersepadu yang mampan.

Hari ini, Seremban 2 bukan sekadar sebuah pembangunan, tetapi lambang kejayaan transformasi yang berpandangan jauh. Di tengah perbandaran Seremban 2, S2 Heights Aman muncul sebagai lambang kemajuan terbaru, mencerminkan evolusi sebuah komuniti yang dinamik dan lestari.

Meliputi kawasan 400 ekar, projek ini memiliki Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM1.585 bilion. Lebih 43 ekar diperuntukkan khas untuk kehijauan yang memukau, berlatarkan pergunungan Banjaran Titiwangsa yang mendamaikan.

S2 Heights Aman bukan sekadar tempat tinggal, tetapi oasis kedamaian dengan pelbagai kemudahan bandar lengkap—mewujudkan gaya hidup holistik yang menjadi idaman ramai.
Bagi memperkukuh komuniti ini, IJM Land dengan bangganya memperkenalkan Batiq—sebuah kediaman eksklusif di S2 Heights Aman yang menampilkan gabungan ketenangan, keanggunan dan gaya hidup berkualiti tinggi.

Direka untuk mereka yang menghargai keselesaan moden serta keindahan alam semula jadi, Batiq melambangkan keunggulan seni bina kontemporari. Kini, rumah contoh Batiq telah dibuka untuk kunjungan, Para pembeli berpeluang untuk merasai sendiri kehalusan reka bentuk serta keindahan ruang yang direka penuh ketelitian.

Setiap sudut kediaman memancarkan kesempurnaan, menggambarkan bagaimana elemen kehidupan moden dan keindahan dapat disatukan secara harmoni, menjadikan Batiq sebuah kediaman idaman yang melangkaui jangkaan.

WARISAN DAN INOVASI
Diinspirasikan daripada keindahan seni batik tradisional, Batiq mengangkat warisan budaya ini dalam bentuk kediaman moden yang menawan. Terletak di dalam S2 Heights Aman, pembangunan eksklusif seluas 20 ekar dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM173 juta
ini menjadi lambang kemewahan kontemporari yang memperkukuh penawaran premium di
Seremban 2.

Menampilkan 177 unit Rumah Teres Dua Tingkat Bertaman, setiap kediaman direka untuk
menawarkan pengalaman hidup yang elegan, dengan harga bermula daripada RM878,800*.

Terletak di kawasan tanah tinggi, pemilik bukan sahaja menikmati udara yang nyaman panorama semula jadi yang menenangkan, tetapi juga laluan masuk utama yang dihiasi
landskap hijau yang terancang, mewujudkan suasana ketibaan yang eksklusif dan menawan.

Fasa pertama Batiq memperkenalkan 82 unit Rumah Taman Dua Tingkat Bertaman, dengan
Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM80 juta. Setiap unit direka lebih luas daripada rumah teres konvensional, menawarkan keluasan tanah 28’ x 60’, dengan keluasan binaan 2,142 kaki persegi untuk lot tengah, dan 2,174 kaki persegi untuk lot hujung dan akhir.

Dengan susun atur yang menitikberatkan keselesaan, setiap kediaman dilengkapi 4 bilik tidur, masing-masing dengan bilik mandi sendiri, mewujudkan ruang hidup yang praktikal, elegan dan sempurna untuk seisi keluarga.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini