HONOR 400 Lite yang digelar sebagai ‘pembunuh iPhone’ bajet, kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM1,299. Telefon pintar ini amat menonjol, menyepadukan keupayaan AI termaju dalam fotografi mudah alih dan teknologi paparan, di samping reka bentuk yang kukuh dan bateri tahan lama.
Peranti ini juga dilengkapi Butang AI yang intuitif untuk kawalan kamera, mempertingkatkan pengalaman mengambil gambar dengan ciri-ciri penglihatan pintar. Sungguhpun padat dengan ciri-ciri bertaraf flagship, HONOR 400 Lite menawarkan nilai hebat pada harga berpatutan, memberikan pengalaman pengguna yang sukar ditandingi.
HONOR 400 Lite tersedia dalam dua warna kontemporari Velvet Grey dan Marrs Green, membawakan RAM 24GB, (termasuk HONOR RAM Turbo 12GB) dan storan 256GB. Peranti ini kini sedia untuk pembelian di HONOR Stores seluruh negara dan melalui para pengedar yang sah.
Dapatkan Nilai Ekstra dengan Jaminan Percuma dan Rebat Segera RM200
Setiap pembelian HONOR 400 Lite didatangkan dengan Jaminan Lanjutan 1 Tahun percuma bernilai RM99, serta rebat tunai RM200. Mulai 25 April hingga 24 Julai 2025, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana kedai HONOR Store atau pengedar sah untuk mengambil gambar HONOR 400 Lite dan memuat naik gambar tersebut ke media sosial bersama tanda pagar #HONOR400LiteMY.
Selepas itu, pengguna boleh menunjukkan bukti hantaran ketika hendak membuat pembayaran HONOR 400 Lite untuk menikmati potongan harga RM200.
Miliki HONOR 400 Lite Secara Percuma dengan Pakej Telco Terpilih
HONOR 400 Lite juga boleh diperolehi melalui Maxis, U Mobile, dan Yes. Apa yang menarik, telefon ini menjadi milik anda secara PERCUMA apabila mendaftar untuk pelan pascabayar terpilih melalui Maxis dan U Mobile, menjadikan lebih mudah untuk memiliki ‘pembunuh iPhone’ bajet.
Bawa Pulang HONOR 400 Lite Secara PERCUMA Dengan Maxis!
Dapatkan HONOR 400 Lite secara PERCUMA bersama pelan Maxis Postpaid 109! Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menarik ini, kunjungi laman sesawang Maxis di www.maxis.com.my
HONOR 400 Lite Milik Anda Secara PERCUMA Dengan U Mobile!
HONOR 400 Lite juga tersedia secara PERCUMA dengan pelan U Postpaid 98 dan U Family 128. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, kunjungi laman sesawang U Mobile di www.u.com.my
Hanya Bayar RM5 Untuk Memiliki HONOR 400 Lite! Dengan pelan Yes 5G Infinite+ Basic Plan, pelanggan boleh membawa pulang HONOR 400 Lite pada hanya RM5 dengan pelan langganan RM58 sebulan. Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana kedai Yes mulai 2 Mei 2025 untuk menikmati pelan ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, kunjungi laman sesawang Yes di www.yes.my
Merevolusikan Tangkapan Imej Dengan Butang AI Direka khas untuk penggemar fotografi, HONOR 400 Lite membawakan ciri-ciri yang dipertingkatkan dengan Butang AI pada telefon pintar Android, menawarkan butang khusus untuk kawalan kamera dan visi pintar.
Dengan sekali tekan selama satu saat pada butang tersebut, pengguna boleh melancarkan kamera dengan serta-merta, dan menekan butang secara pantas untuk mengambil gambar. Untuk merakam video, pengguna hanya tekan dan tahan butang untuk memulakan rakaman dengan segera.
Mod penggambaran profesional meningkatkan kawalan, membolehkan pengguna menyentuh untuk memfokus dan menyeret bagi membolehkan zum dengan mudah.
Selain kawalan kamera, Butang AI juga menawarkan akses segera kepada Google Lens, memudahkan pengguna meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran mereka secara lancar. Ciri ini disepadukan dengan Smart Vision, menjadikan HONOR 400 Lite sebagai peranti yang hebat untuk penjelajahan dan pembelajaran.
Dengan mudah, pengguna dapat mengenal pasti tumbuhan, haiwan, dan karya seni, atau menterjemah teks bahasa asing daripada menu dan papan tanda secara langsung daripada lebih 100 bahasa.
Sama ada menyelesaikan masalah akademik atau membeli-belah melalui imbasan produk, Google Lens membuka kepada dunia penuh kemungkinan terus dari kamera. Di samping itu, butang Google Gemini Power Button mempertingkatkan keupayaan peranti secara signifikan, memperkasakan produktiviti dan kreativiti pengguna dalam pelbagai aktiviti termasuk pembelajaran, menulis e-mel, dan merancang majlis.
Dengan memanfaatkan teks, suara, foto, dan kamera, Gemini menyediakan bantuan serba boleh. Paparan antara muka Gemini memberikan bantuan segera dan relevan mengikut konteks skrin, manakala butang Gemini Live memudahkan sesi sumbang saran idea dan persediaan untuk saat-saat penting.
Gemini juga beradaptasi dengan cara pengguna berkomunikasi, menghasilkan pengalaman pengguna yang lancar dan membolehkan mereka melakukan pelbagai tugas tanpa gangguan.
Ciri-ciri AI Terbaharu untuk Kreativiti Fotografi dan Produktiviti Dipertingkatkan
Beroperasi atas perisian terkini MagicOS 9.0 yang berdasarkan Android 15, HONOR 400 Lite dilengkapi dengan perkakasan yang dikuasakan oleh AI bagi menjadikan tugasan harian lebih pantas, mudah dan menyeluruh.
Ianya menampilkan fungsi AI Eraser bagi membuang objek atau individu yang tidak dikehendaki dengan hanya satu sentuhan, dan ciri AI Outpainting yang boleh
meluaskan imej sambil mengekalkan butiran dan komposisi asal gambar.
Kelancaran berkomunikasi turut dipertingkatkan dengan ciri AI Translate yang menghubungkan sempadan bahasa dengan terjemahan masa sebenar, menjadikannya ideal untuk urusan perjalanan dan pekerjaan.
Dengan Magic Portal, pengguna dapat membulatkan teks atau imej dan menyeretkannya ke aplikasi yang relevan seperti Maps, media sosial, atau platform beli-belah dengan pantas. Merangkumi aspek produktiviti dan kreativiti, HONOR 400 Lite menghadirkan
keupayaan AI bertaraf flagship dalam pakej pintar dan mampu milik.
Pengalaman Fotografi Mengagumkan dengan Kamera Utama 108MP Bukan sekadar mengambil gambar, HONOR 400 Lite juga memikat tumpuan. Dilengkapi dengan
kamera utama 108MP dan apertur f/1.75, peranti ini mampu menghasilkan tangkapan gambar ultra-jelas dan beresolusi tinggi walaupun dalam situasi bercahaya rendah.
Keupayaan zum tanpa hilang 3X memudahkan pengguna untuk menangkap gambar dari jarak dekat tanpa menjejaskan kejelasan imej, manakala kamera sudut lebar dan dalam 5MP memastikan efek bokeh yang menawan dan seimbang, serta kedalaman setiap gambar yang ditangkap secara tepat.
Di bahagian hadapan, kamera swafoto 16MP yang dipertingkatkan dengan Selfie Light terbina membolehkan pengguna mengambil potret diri yang memukau pada setiap masa dan tempat, walaupun dalam keadaan cahaya yang malap.
Sama ada mengambil gambar potret gaya jalanan yang menarik atau berkongsi aktiviti seharian di media sosial, HONOR 400 Lite menjadikan setiap gambar sebagai ekspresi visual yang berkesan.
Paparan Bertaraf Flagship Yang Selesa Untuk Mata
HONOR 400 Lite menampilkan paparan AMOLED 6.7 inci yang menghasilkan kejelasan dan warna yang memukau. Dengan sokongan untuk 16.7 juta warna dan gamut warna 100% DCI-P3, visual kelihatan jelas dan realistik, sesuai untuk semua kegunaan daripada penstriman kandungan hingga melihat paparan media sosial.
Kecerahan puncaknya sebanyak 3,500 nits memastikan keterlihatan yang amat jelas walaupun di bawah cahaya matahari langsung, manakala kadar segar semula 120Hz menawarkan respons ultra-lancar untuk permainan dan tontonan video. Dengan 394 PPI dan resolusi 1080×2412, setiap detail pada skrin akan tampak menonjol.
Di samping itu, HONOR 400 Lite dibina dengan ciri perlindungan mata daripada kelesuan. Skrinnya menggabungkan Pemalapan PWM 3840Hz dan Teknologi Paparan Malam Sirkadia, bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada mata serta membantu dalam menyokong kitaran tidur yang lebih sihat bagi aktiviti menatal atau menonton tanpa henti.
Canggih, Tahan Lasak, dan Dibina Untuk Kehidupan Sebenar
Lebih daripada sekadar penampilan menarik, HONOR 400 Lite dibina untuk ketahanan dan
keselesaan penggunaan setiap hari. Hanya seberat 171 gram dan setipis 7.29mm, peranti ini amat ringan dan boleh disimpan ke dalam poket atau beg.
Ia juga diperkukuhkan dengan Pensijilan Rintangan Jatuh Lima Bintang SGS untuk menghadapi kejadian yang tidak dijangka. Di samping itu, dengan teknologi sentuhan tangan basah berperingkat IP64, pengguna masih boleh menggunakan skrin walaupun tangan mereka basah, menjadikan telefon ini boleh digunakan semasa hujan dengan
respons yang lancar dan tepat.
Kuasa Tahan Lama Dengan Prestasi Yang Unggul
HONOR 400 Lite dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 7025-Ultra, pemproses octa-core berkuasa yang direka untuk multitugas yang lancar, kesambungan berkelajuan tinggi, dan kecekapan harian.
Sama ada bermain permainan, menstrim, atau beralih antara aplikasi, prosesor ini memastikan semuanya berjalan lancar dengan tepat. Dipadankan dengan bateri 5230mAh dan disokong oleh pengecas berwayar 35W HONOR SuperCharge, peranti ini boleh dicas sehingga ke 52% dalam tempoh 30 minit dan mencapai 100% dalam hanya 73 minit, memastikan pengguna sentiasa terhibur dan berhubung semasa bergerak.
Bateri ini direka untuk jangka hayat yang panjang, mengekalkan kesihatan telefon sehingga lebih 80% walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan.