Lembaga Pelancongan Singapura (Singapore Tourism Board, STB) dan AirAsia MOVE telah memeterai satu kerjasama strategik bagi memperkaya pengalaman pelancongan ke Singapura, khususnya dalam kalangan pasaran utama Asia Tenggara seperti Malaysia dan
Thailand.

Kerjasama ini dimuktamadkan melalui pemeteraian Surat Kerjasama (Letter of Cooperation, LOC) pada 17 April 2025. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, pelancong dari Malaysia dan Thailand yang mencari percutian hujung minggu yang singkat boleh menikmati tawaran pelancongan menarik menerusi AirAsia MOVE.

Pakej istimewa ini merangkumi penerbangan, penginapan hotel serta akses kepada acara dan tarikan utama di Singapura yang mana membolehkan percutian dirancang dengan mudah dan tanpa kerumitan.

Intipati kerjasama ini berteraskan komitmen STB dan MOVE untuk memanfaatkan data, teknologi serta kandungan bagi menyediakan pengalaman pelancongan yang lebih lancar, diperibadikan dan menarik.

Kempen bersama dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga 2025, dengan tumpuan kepada tarikan unik Singapura serta meningkatkan keterlihatan destinasi ini dalam kalangan pelancong serantau.

Juliana Kua, Penolong Ketua Eksekutif, Kumpulan Antarabangsa, Singapore Tourism Board,
“Pelancong Asia Tenggara mempunyai keperluan dan minat yang pelbagai, dan ramai yang sudah mengenali Singapura.

Untuk menarik mereka kembali atau meneroka lebih banyak, pendekatan yang diperibadikan dan berpandukan data amat penting. Justeru, kami amat berbesar hati untuk
bekerjasama dengan AirAsia MOVE bagi memanfaatkan kepakaran dan data mereka untuk
menyampaikan pengalaman pelancongan yang lebih baik dan membantu pelancong memaksimumkan masa mereka di Singapura.”

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE turut berkata, “Kerjasama kami bersama Singapore Tourism Board memperkukuh komitmen AirAsia MOVE dalam memacu pertumbuhan pelancongan serantau melalui inovasi dan kerjasama strategik.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini