Village Grocer teruja untuk mengumumkan pembukaan cawangan ke-32 pasar rayanya yang terletak di lokasi ikonik LSH33, Sentul. Lokasi baharu yang telah lama dinantikan ini bakal memberikan penduduk tempatan dan pengunjung pengalaman beli-belah yang tiada tandingan, menunjukkan komitmen Village Grocer dalam menawarkan produk dengan kualiti terbaik dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.
Pasar raya baharu di LSH33, Sentul ini merupakan satu tanda pencapaian untuk Village Grocer, di mana jenamanya kini semakin berkembang maju di samping memberikan pengalaman beli-belah yang premium untuk komuniti khususnya di Lembah Klang.
Lokasinya yang strategik di celah keindahan kediaman moden di LSH33, ini bakal menjadi satu persinggahan pilihan ramai pembeli yang mencari barangan segar, daging berkualiti tinggi, sajian ‘artisanal’ yang lazat, dan seleksi pilihan gourmet yang istimewa.
Lim Ding Shyong, Pengarah Eksekutif Lim Seong Hai Capital Sdn Bhd menzahirkan kegembiraannya dengan mengalu-alukan pembukaan LSH33, Sentul.
Beliau berkata, “Village Grocer amat menepati visi syarikat dalam membina sebuah hab yang berorientasikan gaya hidup kontemporari untuk komuniti setempat. Saya yakin kerjasama baru ini akan mempertingkatkan pengalaman beli-belah para pengunjung dan mengukuhkan kedudukan LSH33 Mall sebagai destinasi pusat niaga utama di sekitar kawasan ini.”
Pengarah Eksekutif Kumpulan ‘The Food Purveyor Retail’, Ivan Tan, turut sama mempamerkan keterujaannya ketika merasmikan lokasi pasar raya terbaharu mereka di LSH33, Sentul.