Di musim perayaan ini, Touch ‘n Go berkongsi beberapa tip penting untuk membantu para pengguna menikmati perjalanan yang lebih lancar dan tanpa gangguan.
Daripada pelbagai produk yang ditawarkan oleh Touch ‘n Go, produk NFC dan RFID yang inovatif menjadi pilihan paling mudah untuk meningkatkan pengalaman perjalanan.
Kad dan charm Touch ‘n Go berteknologi NFC membolehkan pengguna menambah nilai baki mereka dari Touch ‘n Go eWallet menggunakan telefon mudah alih NFC pada bila-bila
masa dan di mana sahaja.
Ini menghapuskan keperluan untuk mencari lokasi tambah nilai fizikal atau menggunakan wang tunai, menjadikan proses tambah nilai lebih cepat dan mudah.
Terdapat pelbagai reka bentuk kad dan charm yang menarik, sesuai dengan citarasa dan
keutamaan individu. Sebahagian daripada reka bentuk ini dihasilkan dengan kerjasama bakat dan jenama tempatan – menyokong kreativiti tempatan serta memperkukuh budaya
dan warisan unik Malaysia – selari dengan identiti Touch ‘n Go sebagai jenama Malaysia
yang bangga.
Kad dan charm Touch ‘n Go berciri NFC ini boleh dibeli secara dalam talian melalui Touch ‘n
Go eWallet, serta di Touch ‘n Go eWallet Lazada Store. Ia juga boleh didapati di Pusat Servis dan Jualan Touch ‘n Go di Nu Sentral dan Bangsar South.
Pengguna turut boleh mendapatkan kad ini di kedai serbaneka seperti 7-Eleven, serta stesen minyak Caltex dan Petronas. Pengguna disarankan untuk mendaftarkan kad Touch ‘n Go mereka di Touch ‘n Go eWallet bagi meningkatkan keselamatan, kerana identiti setiap pengguna disahkan dengan selamat melalui proses KYC (Know Your Customer).
Ini memastikan baki kad pengguna dilindungi walaupun kad tersebut hilang atau tersalah letak. Touch ‘n Go RFID yang dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet membolehkan pengguna melalui lorong tol dengan lancar tanpa berhenti untuk imbas kad.
Sekiranya baki tidak mencukupi, ciri baru SOS Balance di Touch ‘n Go eWallet membolehkan pengguna yang layak, melepasi tol dan mereka mempunyai tempoh 24 jam untuk menambah nilai eWallet serta menyelesaikan caj, tanpa sebarang yuran tambahan.
Manfaat ini memastikan transaksi tol berjalan lancar dan tanpa kerisauan, terutamanya di saat yang ia paling diperlukan.