Shell Malaysia melancarkan rangkaian Pengecasan Berprestasi Tinggi (HPC) pertama di Malaysia dari Pantai Timur ke Pantai Barat, menawarkan pengecasan pantas sehingga 180kW untuk perjalanan EV yang lebih lancar dan tanpa kebimbangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Ini menandakan satu pencapaian penting dalam usaha Shell memperluaskan rangkaian HPC, melengkapkan kesalinghubungan pengecasan Pantai Timur ke Pantai Barat dari Kuala Lumpur ke Terengganu, sambil melengkapi rangkaian Utara-ke-Selatan yang menghubungkan Johor ke Perak.

Sama ada untuk perjalanan harian, perjalanan jarak jauh, atau perjalanan pada waktu puncak seperti musim perayaan, termasuk sambutan Hari Raya yang akan datang, rangkaian ini meningkatkan kemudahan dan mengurangkan kebimbangan jarak (range anxiety) bagi komuniti EV yang semakin berkembang di Malaysia.

“Shell berada di barisan hadapan dalam memperluasan infrastruktur EV di Semenanjung Malaysia, dan kami komited untuk menyokong peralihan tenaga negara serta elektrifikasi sektor pengangkutan.

“Pantai Timur selama ini dianggap sebagai kawasan mencabar bagi pengecasan HPC EV, namun Shell komited untuk mengubah keadaan ini. Dengan pelancaran rangkaian Shell
Recharge HPC terbaharu kami di Pahang dan Terengganu, kami merapatkan jurang penting dalam penyelesaian pengecasan ultra-pantas di sepanjang koridor Pantai Timur.

Daripada tapak HPC Shell Recharge pertama kami di Tangkak, Johor hingga ke hab pengecasan EV yang mencatat rekod di Genting Highlands, rangkaian kami telah diperluaskan untuk memenuhi keperluan pengguna EV di seluruh negara.

“Kami akan terus melabur untuk membina rangkaian pengecasan yang lebih terhubung dan mudah diakses, bagi memastikan pemandu EV di Malaysia boleh memandu lebih jauh dengan penuh keyakinan,” kata Seow Lee Ming, Pengurus Besar, Mobiliti dan Kemudahan, Shell Malaysia.

“Porsche Malaysia kekal komited untuk memperluaskan rangkaian pengecas berprestasi tinggi (HPC) bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar untuk pelanggan kami. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Shell Malaysia untuk memperluaskan rangkaian HPC Timur-ke-Barat, sekaligus memperkukuhkan ekosistem EV di Malaysia,” kata Christopher Hunter, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini