Fiuu, peneraju platform teknologi kewangan (fintech) terkemuka di Asia Tenggara kini bekerjasama dengan Visa untuk memperkenalkan Penyelesaian Ansuran Visa (VIS) kepada perniagaan di rantau ini.

VIS ialah penyelesaian masa nyata yang dikuasakan oleh platform Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) dan dipacu API, yang boleh disepadukan dengan proses pembayaran sedia ada. Penyelesaian ini membolehkan perniagaan menawarkan pilihan ansuran yang lebih mudah, sekaligus meningkatkan jualan dan memperkasakan pengalaman pelanggan.

VIS melangkaui penyelesaian BNPL tradisional dengan memanfaatkan rangkaian luas Visa.
Peniaga Fiuu kini boleh menerima pembayaran ansuran yang dikeluarkan oleh penerbit VIS di Malaysia, Singapura, dan Filipina. Penyelesaian ini meluaskan landskap pembayaran,
menawarkan pengguna lebih fleksibiliti dan akses kepada pilihan pembayaran yang mereka
inginkan.

Beberapa peniaga terkemuka seperti Samsung, Electrolux, BWL Group, dan banyak lagi, telah mengintegrasikan VIS ke dalam platform mereka melalui Fiuu. Penggunaan meluas ini mencerminkan komitmen untuk memperkasakan pengalaman pelanggan dan menawarkan penyelesaian pembayaran yang fleksibel.

“VIS merupakan kemajuan penting dalam komitmen kami terhadap inovasi dalam penyelesaian pembayaran. Kerjasama dengan Visa membolehkan kami memperkasakan peniaga dan pelanggan dengan pilihan pembayaran yang fleksibel, sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah secara menyeluruh,” kata Eng Sheng Guan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fiuu.

Integrasi VIS memastikan peniaga dapat menawarkan pengalaman pembelian yang lebih lancar, mudah, dan disesuaikan kepada pelanggan mereka. Inisiatif strategik ini mencerminkan dedikasi Fiuu dalam memenuhi keperluan pelbagai pelanggan dan melancarkan proses pembelian secara menyeluruh.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini