HONOR X9c Smart, versi Lite HONOR X9c 5G akan tersedia di kedai seluruh negara pada 11 Disember 2024, jam 8 malam. HONOR X9c Smart menggabungkan kemampuan dengan ketahanan, membawakan teknologi Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh yang merangkumi Anti-Jatuhan, Kalis Air, dan Kalis Calar yang dipertingkatkan.
HONOR X9c Smart dijual pada harga mampu milik RM1,099 dan didatangi dengan Jaminan Standard 1 Tahun.
HONOR X9c Smart menawarkan pilihan kompetitif bagi pengguna yang mementingkan kemampuan sambil mengekalkan ciri-ciri premiumnya. Sebagai perbandingan, HONOR X9c 5G bermula pada harga RM1,499, memberikan pengguna kelebihan yang menjimatkan sebanyak RM400 dengan edisi Smart.
Selain itu, HONOR X9c Smart juga dikonfigurasikan dengan 16GB RAM (termasuk 8GB HONOR Turbo RAM) dan storan 256GB, cukup besar untuk memuat turun aplikasi, menyimpan fail dan gambar.
Peranti ini didatangkan dalam dua warna menawan iaitu Ocean Cyan dan Moonlight White, sangat sesuai untuk mereka yang gemar rekaan minimalis dan bergaya. HONOR X9c Smart boleh dibeli dari HONOR Official Store, laman sesawang HONOR, Lazada, Shopee, TikTok Shop, dan pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.
Mengapakah HONOR X9c Smart Pilihan Terbaik Untuk Kecemerlangan Harian
HONOR X9c Smart berdiri sebagai pilihan utama bagi pengguna yang menghargai prestasi, ketahanan, dan inovasi dalam telefon pintar mereka pada harga mampu milik. Dicipta untuk memudahkan gaya hidup yang moden, peranti ini menggabungkan teknologi canggih dengan praktikaliti, memastikannya disepadukan dalam semua aspek kehidupan harian anda dengan lancar.
- Ketahanan Tiada Tandingan Dengan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh
Dibina dengan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh, HONOR X9c Smart memberikan Anti-Jatuhan, Kalis Air, dan Kalis Calar yang dipertingkatkan, menjadikannya peranti terbaik untuk gaya hidup yang aktif. Sama ada anda terperangkap dalam hujan atau mengendalikan peranti dalam persekitaran yang sentiasa bergerak pantas, struktur kalis air tiga lapis dan kaca anti-calar memastikan peranti ini boleh menahan kelasakan kegunaan harian.
Dengan pengiktirafan Kebolehpercayaan Komprehensif Lima Bintang yang pertama dalam industri oleh SGS, HONOR X9c Smart menjadi bukti kepada komitmen HONOR terhadap ketahanan dan kualiti. Inilah telefon pintar yang boleh anda percayai dan yakin untuk anda gunakan dalam kesibukan tugasan harian.
- Kuasa Sepanjang Hari Dengan Bateri 5,800mAh
Ucapkan selamat tinggal kepada kerisauan bateri habis dengan bateri berdensiti tinggi 5,800mAh HONOR X9c Smart, yang terbesar dalam segmennya. Daripada mesyuarat pagi hinggalah ke hiburan di sebelah petang, bateri ini memastikan anda sentiasa berhubung sepanjang hari, menyokong sehingga ke 31.6 jam untuk penstriman muzik dan 18.5 jam untuk ulangan video atas talian.
Jika anda perlukan pengecasan pantas, HONOR SuperCharge 35W akan membawa anda aktif semula dengan segera, memberikan kecekapan dan kemudahan untuk gaya hidup anda yang sentiasa bergerak.
- Kuasa AI Dengan HONOR Magic AI
Manfaatkan potensi AI dengan HONOR Magic AI suite yang direka untuk memudah dan memperkayakan pengalaman telefon pintar anda.
Magic Portal: Mengubah cara anda menjalankan multitugas dengan hanya menyeret dan memasukkan teks atau imej untuk membuka aplikasi yang relevan dengan segera.
AI Eraser: Menjadikan gambar yang anda tangkap lebih sempurna secara mudah dengan membuang unsur yang tidak dikehendaki melalui beberapa klik sahaja.
Magic Capsule: Mengurus makluman secara pintar agar anda sentiasa fokus dan cekap dalam melakukan tugasan.
Ciri-ciri ini digabungkan untuk menyelaras tugasan harian, menjadikan HONOR X9c Smart peranti yang berproduktiviti bagi golongan profesional dan mereka yang melakukan multitugas.
- Pengalaman Visual Yang Imersif Dengan Paparan Terbesar Dalam Segmennya
HONOR X9c Smart memiliki paparan FHD+ Flat LCD 6.8 inci bagi memberikan visual yang mengagumkan dengan kecerahan puncak 850 nits. Sama ada anda menonton persembahan kegemaran atau melihat gambar, kadar segar semula 120Hz membolehkan transisi lebih lancar. Dicipta dengan mod-mod Pemalapan Dinamik dan Sirkadia Malam, paparan ini bukan hanya mengagumkan bahkan mengurangkan kesakitan mata, menjadikannya peranti terbaik untuk digunakan dalam masa lebih panjang.
- Kamera Pengesan Super 108MP Untuk Menangkap Setiap Butiran Dengan Jelas
Penggemar fotografi tentu menyukai Kamera Pengesan Super 108MP peranti ini yang direka untuk menangkap imej dengan lebih jelas dan nyata dalam setiap keadaan cahaya. Dengan memanfaatkan teknologi EIS yang termaju, HONOR X9c Smart memastikan setiap gambar yang diambil adalah stabil dan jelas, menjadikannya pilihan ideal untuk merakamkan landskap mengagumkan atau saat-saat spontan. Kamera swafoto 16MP pula memberikan gambar potret kendiri yang bebas cela, memastikan anda sentiasa dilihat menawan dan sempurna.
HONOR X5b Plus: Telefon Pintar Tahap Permulaan Mesra Poket Yang Memberikan Banyak Nilai Untuk Keperluan Asas
Selain HONOR X9c Smart, satu lagi peranti lebih berpatutan iaitu HONOR X5b Plus juga akan dijual pada 11 December, jam 8 malam. Pengguna yang mahukan telefon pintar boleh dipercayai pada harga tiada tandingan, HONOR X5b Plus merupakan peranti tahap permulaan terbaik untuk kegunaan asas. Turut mengetengahkan praktikaliti dan prestasi, pilihan mesra poket ini dilihat mampu memberikan segala keperluan yang anda perlukan untuk tugasan harian tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.
HONOR X5b Plus dilengkapi 8GB RAM dan storan 128GB, menawarkan prestasi yang lancar untuk multitugas dan ruang yang mencukupi bagi aplikasi, gambar, dan video anda. HONOR X5b Plus tersedia dalam dua tona warna menarik iaitu Ocean Blue dan Midnight Black, sesuai bagi golongan menyukai rekaan canggih dan moden.
HONOR X5b Plus boleh didapati secara eksklusif di HONOR Stores dan pengedar-pengedar sah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan untuk alami sendiri peranti ini secara langsung, kunjungi HONOR Store berhampiran anda hari ini.
Ciri-ciri Utama Pada HONOR X5b Plus: Keseimbangan Prestasi dan Nilai
HONOR X5b Plus ialah kesempurnaan yang mengimbangi kemampuan dan prestasi, menjadikannya peranti pilihan terbaik bagi pengguna yang mencari telefon pintar tahap permulaan yang diyakini. Direka untuk kemudahan harian, peranti ini memiliki paparan HONOR FullView Display 6.56 inci dengan kadar segar semula 90Hz yang lancar, memberikan penghayatan visual yang hebat untuk hiburan dan produktiviti.
Bagi perkakasannya, HONOR X5b disokong oleh prosesor MediaTek G36 untuk multitugas lancar dan prestasi yang responsif. Telefon ini dilengkapi dengan sistem Kamera Berkembar AI 50MP, memastikan gambar yang jelas dan menarik, manakala bateri ultra-besar 5,200mAh menjamin penggunaan lebih lama dan tahan sehingga empat tahun. Juga dilengkapi dengan Mod Penjimatan Kuasa Ultra, telefon pintar ini memberikan pengurusan tenaga yang boleh dipercayai bagi pengguna yang sentiasa bergerak.
HONOR X5b Plus membuktikan bahawa telefon tahap permulaan juga boleh memberikan nilai yang tiada tandingan tanpa menjejaskan ciri-ciri asasnya. Ideal untuk pengguna yang mementingkan praktikaliti dan prestasi pada harga mampu milik, ianya pilihan terbaik untuk kesambungan dan hiburan harian.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang HONOR di https://www.honor.com/my/.