Musim perayaan hampir tiba dan HONOR Malaysia akan menjadikannya lebih istimewa dengan diskaun eksklusif serta hadiah premium bagi peranti-peranti pilihan termask telefon pintar flagship HONOR Magic V3, dan HONOR Magic6 Pro.
Sama ada menaik taraf telefon pintar, mencari tablet baharu untuk bekerja, mahu pun mencari hadiah, kempen Festive Holiday Season HONOR yang akan bermula pada 6 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025 pasti menawarkan sesuatu yang istimewa untuk semua.
Jimat RM500 Untuk HONOR Magic V3 – Telefon Boleh Lipat AI Paling Nipis Pada RM6,499!
Pembeli kini boleh membuat penjimatan lebih besar dengan diskaun sehingga RM500 untuk peranti dan tablet terpilih. Telefon boleh lipat AI paling nipis dan ringan HONOR iaitu HONOR Magic V3 kini ditawarkan pada harga hebat RM6,499, iaitu diskaun sebanyak RM500 daripada harga runcit.
Manakala HONOR Magic6 Pro ditawarkan pada harga RM3,699 selepas diskaun RM300. Tawaran eksklusif ini boleh didapati di semua HONOR Stores di seluruh negara dan kedai atas talian HONOR Malaysia.
Belanja RM699 untuk Sertai Kempen Kotak Misteri dan Menangi HONOR Magic V2!
Sebagai tambahan, pembeli yang berbelanja RM699 ke atas di HONOR Stores terpilih di Johor, Pahang, Kuala Lumpur, Sarawak, dan Pulau Pinang akan berpeluang memenangi sebuah HONOR Magic V2 dengan menyertai Kempen Kotak Hadiah Misteri. Untuk butiran lanjut tentang kedai HONOR yang menyertai, kunjungi laman sesawang atau laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.
Serlahkan Hadiah Premium dengan Setiap Pembelian!
Membeli-belah untuk musim cuti kini memberikan lebih ganjaran! HONOR menawarkan hadiah premium dengan pembelian telefon pintar dan tablet terpilih, memberikan anda sebab yang sempurna untuk menghadiahi diri anda atau orang tersayang sempena musim perayaan ini. Bawa pulang hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,898, termasuk dalam pembelian anda. Anda harus pantas kerana tawaran hebat ini hanya tersedia berdasarkan siapa cepat, dia dapat.
Untuk senarai penuh peranti dan tawaran yang terlibat, sila rujuk ke jadual berikut:
Produk | Cadangan Harga Runcit | Harga Diskaun | Hadiah Percuma |
HONOR Magic V3 | 6999 | 6499 | Pelindung Skrin V3 HONOR 365 Hari dan pemegang pengecas tanpa wayar HONOR SuperCharge |
HONOR Magic6 Pro | 3999 | 3699 | HONOR Earbuds X6, Penggantian 365 Hari Retak Depan & Belakang dan 1 Tahun Waranti Lanjutan |
HONOR 200 Pro | 2699 | 2499 | HONOR Earbuds X6, Penggantian 365 Hari Retak Depan & Belakang dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR 200 (512GB) | 2199 | 1999 | HONOR Earbuds X6, Penggantian 365 Hari Retak Depan & Belakang dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR 200 (256GB) | 1899 | 1699 | HONOR Earbuds X6, Penggantian 365 Hari Retak Depan & Belakang dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR 200 Lite | 1299 | – | Perlindungan 365 Hari Retak Depan & Belakang dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR X9c 5G (512GB) | 1699 | – | HONOR Choice Earbuds X7e, Perlindungan 365 Hari Retak Depan & Belakang, Jaminan bateri 36 bulan, Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR X9c 5G (256GB) | 1499 | – | |
HONOR X7c | 699 | – | Penggantian 365 Hari Depan & Belakang Replacement dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR X7b 5G | 899 | 769 | – |
HONOR X6b | 599 | 499 | – |
HONOR Pad 9 WiFi | 1499 | 1399 | Papan Kekunci HONOR Pad 9 Smart Bluetooth, HONOR CHOICE Pencil dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR Pad 9 5G | 1799 | 1699 | Papan Kekunci HONOR Pad 9 Smart Bluetooth, HONOR CHOICE Pencil dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR Pad X9 (256GB) | 1199 | 1099 | Papan Kekunci HONOR Pad X9 Smart Bluetooth, HONOR SuperCharge Power Adapter dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR Pad X9 (128GB) | 1099 | 899 | Papan Kekunci HONOR Pad X9 Smart Bluetooth, HONOR SuperCharge Power Adapter dan hadiah percuma HONOR terpilih |
HONOR MagicPad 2 | 2799 | – | Papan kekunci HONOR Magic Keyboard dan HONOR Magic Pencil 3 |
HONOR Pad X8a | 799 | 749 | Pelindung Flip HONOR Pad X8a |
HONOR Pad X8a Kids Edition | 699 | – | Percuma Pelindung Keselamatan Kanak-kanak dan Drawing Stick |
Hadiah Paling Sempurna Bawah RM60 – HONOR CHOICE Earbuds X7 Lite
Mencari hadiah yang mesra bajet dan menarik? Dapatkan HONOR CHOICE Earbuds X7 Lite pada hanya RM59.90, sesuai untuk anda jadikan sebagai hadiah. Tersedia secara eksklusif di HONOR Stores mulai 9 Disember 2024 sehingga 1 Januari 2025, earbuds ini menggabungkan mampu milik dan prestasi baik, sementara stok masih ada.
Perkhidmatan Membalut Hadiah Percuma
Untuk menjadikan hadiah anda lebih bermakna, HONOR menawarkan perkhidmatan membalut hadiah secara percuma untuk semua pembelian semasa kempen perayaan ini. Biarkan HONOR menambah sentuhan magis untuk hadiah anda, sama untuk yang tersayang mahu pun kepada penggemar teknologi. Perkhidmatan ini tersedia di semua HONOR Stores.
HONOR Magic V3: Telefon Boleh Lipat AI Paling Nipis dan Ringan
Menampilkan RAM 12GB RAM dan memori 512GB, HONOR Magic V3 tersedia dalam warna Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black. Semasa kempen musim perayaan ini, pembeli boleh membawa pulang hadiah premium percuma bernilai RM1,898, yang mengandungi pengecas tanpa wayar HONOR SuperCharge dan Perlindungan Skrin 365 Hari HONOR.
HONOR Magic V3 merupakan telefon boleh lipat yang lasak, direka bagi menahan kegunaan dan lusuh seharian. Hasil rekaannya menampilkan paparan skrin yang dibuat daripada Srin Dalaman Kukuh Super HONOR dan Perisai Anti-Calar NanoCrystal.
Walaupun ianya sebuah telefon lipat, HONOR Magic V3 kekal sebagai peranti profil ultra-slim, berukuran hanya 9.2mm semasa dilipat dan berat 226g. Ia datang dengan semua ciri-ciri AI yang dikuasakan oleh Google Cloud termasuk Face-to-Face Translation, AI Eraser, HONOR Notes dan Magic Portal.
Selain ciri-ciri canggih ini, HONOR Magic V3 menampilkan bateri karbon silikon generasi ketiga dengan bateri, dengan kuasa sebesar 5,150mAh, selain dikuasakan oleh HONOR SuperCharge 66W berwayar dan 50W tanpa wayar. Untuk tujuan fotografi, peranti ini dilengkapi dengan 100X Periscope Telephoto Zoom serta dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform.
HONOR Magic6 Pro – Terokai Magisnya
HONOR Magic6 Pro membawakan RAM 12GB dan storan 512GB yang didatangkan dengan hadiah premium bernilai RM1,197 termasuk HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari, dan Waranti Lanjutan 1 Tahun.
HONOR Magic6 Pro pula mentakrif semula kecemerlangan flagship bersama dengan ciri-ciri canggih yang direka untuk meningkatkan pengalaman telefon pintar kepada pengguna. Ianya memiliki Kamera Tele-falcon 180MP yang hebat, Kamera Utama Super Dynamic Falcon 50MP, dan Kamera Ultra-lebar untuk menangkap gambar-gambar menarik.
Berkenaan paparan, skrin pada telefon ini dikukuhkan dengan HONOR NanoCrystal Shield bagi ketahanan 10 kali lebih tahan jatuhan berbanding kaca standard. Ia juga mendapat pensijilan SGS Keupayaan Calar Jatuhan Secara Keseluruhan Lima Bintang dalam pelbagai senario.
Ianya membawakan Bateri Karbon Silikon Generasi Kedua 5600mAh yang berkuasa, serta menyokong pengecasan 80W HONOR Wired SuperCharge. Diperkasakan oleh platform Snapdragon 8 Gen 3, HONOR Magic6 ini diperhebatkan oleh ciri-ciri Google Cloud AI seperi like Magic Portal, AI Eraser, dan Face to Face Translation.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/.