Red Bull Malaysia (Red Bull), jenama minuman tenaga No.1 negara, baru-baru ini menganjurkan majlis makan malam penghargaan eksklusif bagi meraikan kecemerlangan Pasukan 31 Racing, Pasukan Maju Motor Racing dan Pasukan CKJ Racing.
Majlis tersebut, yang menghimpunkan barisan pasukan lumba itu bersama tetamu terhormat daripada Safe Aim Mutual Sdn Bhd, menandakan tamatnya Kejohanan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2024.
Pada masa sama, ia turut mengumumkan pembaharuan tajaan Red Bull bagi menyokong tiga pasukan lumba ini untuk musim 2025. Langkah ini mengukuhkan lagi komitmen Red Bull dalam membangunkan bakat akar umbi serta meraikan sukan lumba motosikal.
Ketua Pemasaran Red Bull Malaysia, Adelene Tay berkata: “Kerjasama Red Bull dengan
barisan pasukan ini melangkaui aspek penajaan. Ia adalah untuk memperkasakan setiap
pelumba dan pasukan kru yang telah bekerja tanpa lelah di belakang tabir. Bersama-sama,
kami berhasrat mengangkat bakat permotoran Malaysia ke aras baharu, membolehkan potensi mereka diiktiraf di peringkat global.”
Sebagai penghargaan atas sumbangan mereka kepada sukan ini, Red Bull menyampaikan plak istimewa kepada setiap pemilik pasukan lumba itu – Che Ku Jonaidi, K. Sivanesan, dan Yong Yin Hoe.
Selain pasukan pelumba, Red Bull turut menghargai dedikasi kru belakang tabir yang
berdedikasi memastikan kelancaran operasi, sehingga membolehkan kecemerlangan pasukan-pasukan ini terserlah sepanjang musim kejohanan.
Daripada mekanik sehingga kakitangan sokongan, usaha keras dan komitmen setiap kakitangan kru adalah kunci kejayaan setiap perlumbaan. Di samping itu, Red Bull turut memberi ganjaran kepada dua individu menerusi peraduan media sosial yang berlangsung selama sebulan.
Sepanjang peraduan ini, peminat digalakkan membeli mana-mana dua tin Minuman Tenaga Red Bull Malaysia untuk berpeluang memenangi hadiah eksklusif, termasuk hadiah utama berupa motosikal Yamaha Y15ZR dan topi keledar edisi terhad. Kedua-dua hadiah tersebut dihiasi dengan logo ikonik Red Bull serta ditandatangani secara eksklusif oleh pelumba-pelumba terpilih daripada tiga pasukan racing.