Seminar Manage Your Diabetic With Dr Jue (MYDJ) ini dianjurkan oleh D’jue. Dr. Siti Juariah Kusni atau lebih dikenali sebagai Dr. Jue, seorang pakar kesihatan holistik yang terkenal menganjurkan seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai diabetes, cara pencegahan, serta teknik pengurusan penyakit ini melalui gaya hidup yang sihat.
Dr. Jue memulakan seminar dengan membincangkan peningkatan kes diabetes di Malaysia, serta menegaskan bahawa ramai orang tidak menyedari mereka berada dalam tahap pradiabetes, yang merupakan tahap awal sebelum seseorang didiagnosis dengan diabetes.
Statistik menunjukkan bahawa 54% rakyat Malaysia kini menghidap obesiti, yang merupakan faktor utama penyumbang kepada diabetes.
Sesi seminar diteruskan dengan perkongsian Dr. Jue mengenai punca, tanda awal, dan kesan negatif diabetes jika tidak dirawat. Beliau turut menggalakkan peserta untuk mengubah amalan pemakanan mereka, seperti mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang sering menjadi penyebab utama peningkatan paras gula darah.
Seminar ini juga membincangkan tentang penggunaan ubat-ubatan dalam pengurusan diabetes. Dr. Jue memberi penjelasan mengenai keberkesanan rawatan farmasi, sambil menekankan bahawa perubahan gaya hidup adalah kunci utama dalam mengawal diabetes.
Jelasnya lagi, seramai lebih 800 orang peserta menghadiri seminar MYDJ kali keempat ini dan hanya dibuat setahun sekali sahaja.
“Saya harapkan lebih ramai pesakit dapat menyertai seminar akan datang untuk lebih faham mengenai penyakit diabestes ini dan saya sasarkan lebih ramai pesakit tahu bagaimana cara reverse dengan protokol yang saya terangkan” ujarnya lagi.
Zainab Ahmad, 53, mengidap diabetes GDM pada tahun 2010 namun tidak mengambil sebarang rawatan hospital.
“Saya bermula dengan diet sendiri tanpa apa-apa ilmu namun gagal dan bacaan gula terus meningkat, pada tahun 2019 baru saya mengambil ubat kencing manis sehingga sekarang.
“Saya mengetahui mengenai Dr. Jue ni dari media sosial dan perkongsian rakan-rakan online, dari situ saya selalu melihat video-video beliau dan menyertai seminar ini untuk belajar menegenai ilmu reverse diabetes lebih lanjut” kongsi Zainab.
Manakala, Suzana Ibrahim, 52, yang telah mengidap diabetes hampir 2 tahun menjelaskan tabiat ‘sweet tooth’ dan menggemari makanan manis menyebabkan paras gula dalam darah meningkat naik.
“Sebelum ini, content Dr. Jue selalu keluar dalam media sosial tetapi saya tidak pernah menghiraukannya sehinggalah pada dua minggu lepas saya ternampak posting beliau yang mempromosikan seminar ini dan saya terus berminat menyertainya.
“Banyak ilmu yang saya pelajari dalam seminar ini terutama protokol pemakanan dan senaman yang perlu dilakukan, dan pasti saya akan amalkannya untuk kesihatan lebih baik” jelasnya.
Selain itu, Dzolkarnain Hassan, 52, seorang bekas tentera telah mengidap diabetes sejak 20 tahun lepas namun baru mengenali Dr. Jue pada dua tahun sebelum ini.
“Saya mendapat diabetes disebabkan gaya hidup yang kuat bersukan namun ketagihan minuman sukan yang manis dan corak pemakanan yang tidak sihat.
“Saya rasa dengan gaya hidup aktif sudah cukup namun tidak menjaga pemakanan sehinggalah doktor menaikkan dos ubat dan insulin kerana paras gula dalam badan mencecah bacaan 22, dan selepas mengenali Dr. Jue di media sosial, saya mula mempelajari banyak perkara untuk reverse diabetes” katanya.
Dalam seminar MYDJ ini juga, Dr. Jue turut berkongsi tentang rawatan alternatif bekam yang dianggap berkesan dalam merawat diabetes. Menurut beliau, bekam sering disalah anggap sebagai rawatan kuno, namun apabila dilakukan dengan cara yang betul, ia boleh memberikan manfaat yang signifikan dalam pengurusan diabetes.
Selain bekam, teknik Intermitten Fasting juga turut ditekankan dalam protokol yang diamalkan.
Seminar ini memberi impak yang mendalam kepada peserta, membuka mata mereka tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan memberi inspirasi untuk membuat perubahan.
Bagi anda yang berminat menyertai seminar ini atau mengetahui servis di D’Jue Wellness dengan lebih lanjut, boleh layari www.djuewellness.com.