Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) dengan bangganya mengumumkan kejayaan Larian Amalnya yang julung kali dianjurkan pada 17 November dan disertai oleh 1,700 peserta.
Dirasmikan oleh tetamu kehormat, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin, Ahli Parlimen Putrajaya, acara ini menandakan ulang tahun CVSKL yang ke-7 dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit kardiovaskular serta menyokong Yayasan CVSKL.
Larian ini bermula pada jam 7.20 pagi dan memperlihatkan peserta daripada pelbagai peringkat umur termasuk keluarga yang membawa anak-anak kecil dan beberapa individu kurang upaya.
Bagi menambahkan lagi kemeriahan, acara ini menampilkan struktur gerbang gergasi berbentuk jantung, reruai pendidikan interaktif dan ruang saringan kesihatan yang menggalakkan gaya hidup jantung sihat.
Larian diakhiri dengan cabutan bertuah dan penyampaian cek sumbangan oleh Datuk Dr. Rosli, Pakar Perunding Kardiologi dan Orang Bertanggungjawab CVSKL, kepada Dato’ Azzat Kamaluddin, ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan CVSKL, di hadapan tetamu kehormat, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin.
“Larian ini bukannya diadakan semata-mata untuk mengumpul dana, tetapi ia juga bertujuan untuk memupuk penglibatan masyarakat dan menyatukan semua untuk menyokong tujuan yang berimpak besar ini. Kemurahan hati yang ditunjukkan hari ini haruslah dicontohi oleh kita semua,” kata Datuk Dr. Radzi, Ahli Parlimen Putrajaya.
Datuk Dr. Rosli berkata, salah satu daripada empat tunggak yang menjadikan kami sebuah Pusat Kecemerlangan ialah komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial korporat dan usaha kami menyumbang semula kepada masyarakat.
“Acara ini sangat istimewa kerana bulan November ini menandakan ulang tahun kami yang ke-7, dan ia merupakan cara yang terbaik untuk meraikan kesihatan dan menyokong tujuan yang mulia.”
Yayasan CVSKL ialah pertubuhan amal bukan untung yang ditubuhkan pada tahun 2022 untuk menyokong pendidikan dan program kesedaran mengenai kesihatan kardiovaskular, menjalankan penyelidikan dan memanjangkan sokongan kewangan kepada individu yang kurang bernasib baik yang mengalami masalah kardiovaskular.
Para doktor dari CVSKL menyumbang RM1 juta yang pertama kepada yayasan untuk memulakan usaha pengumpulan dana. Sejak penubuhannya, yayasan ini telah membantu lebih 27 individu.
“Kami amat berterima kasih atas sumbangan yang murah hati daripada CVSKL. Setiap ringgit yang disumbangkan akan digunakan untuk membantu pesakit yang memerlukan. Kami berharap acara ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menyertai misi kami dalam pengumpulan dana ini demi menyokong usaha kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CVSKL, Raymond Wong.
CVSKL merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta, penganjur, dan penaja termasuk Kinohimitsu, MBT, TAGS Chiropractic & Rehabilitation, dan Viatris atas sokongan meraka dalam menjayakan acara ini.
Yayasan CVSKL menghargai sokongan padu para penderma. Jika anda ingin membuat sumbangan, sila hantar e-mel kepada [email protected]. Untuk maklumat lanjut mengenai CVSKL, sila layari www.cvskl.com.