Pengerusi NGO Antarabangsa, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican yang juga Profesor Adjung kesukarelawan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan kunjungan mesra ke atas Ketua Polis Terengganu, YDH Dato Mohd Khairi Khairudin bagi membincangkan pelbagai isu semasa di pejabatnya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu di sini, hari ini.
Dr Mustapha berkata, antaranya berkaitan isu keselamatan selain melibatkan program-program pendidikan pencegahan jenayah dan program berbentuk kesedaran mencegah jenayah di kalangan belia termasuk para graduan di Terengganu.
“Saya berharap kerjasama antara NGO dan polis akan merapatkan hubungan kerana masyarakat dan polis berpisah tiada. Ini bagi memudahkan semua pihak apabila berlakunya perkara melibatkan golongan ini dapat di selesaikan dengan cepat,” katanya.
Turut hadir pegawai pegawai kanan PDRM dari IPK Terengganu dan Timbalan Pengerusi Yayasan Seaweed Malaysia Negeri Terengganu Haji M Tajuddin Mohamed Shahbudin.
Mustapha juga merupakan bekas Pengerusi MCPF Negeri Terengganu sebelum ini dan Hj M Tajudin merupakan Timbalannya.