Amazfit pengeluar jam tangan pintar memperkenalkan model kembara tahan lasak dalam apa jua keadaan Amazfit T-Rex 3 tampil dengan permukaan 1.5-inci yang lebih besar dan lebih cerah pada 2,000 nits dan lebih banyak mod sukan, navigasi yang dinaik taraf, AI, templat senaman yang boleh disesuaikan dan ratusan aplikasi mini yang ditingkatkan.

T-Rex 3 didatangkan dengan dua warna Onyx (hitam) dan Lava (oren merah) dengan bezel segi lapan yang lasak bersama bolt enam mata memberikan rupa yang lasak lagi anggun dengan bezel keluli tahan karat dan kristal Gorilla Glass, 68+ gram sangat selesa kepada pemakai.

Permukaan muka jam diikat tali silikon dengan kuat pada badan jam, apa yang penting jam tersebut sangat kukuh jika terhempas ke batu.

Amazfit T-Rex 3 dengan GPS dwi-jalur adalah tepat. Ia bukan sahaja menjejak larian dengan tepat, ketinggian tanah, tetapi maklumat persekitaran lain seperti kompas, tekanan udara, amaran ribut, dan terbit dan terbenam matahari/bulan. yang dipercayai amat berguna untuk aktiviti mendaki atau melancong.

Selain itu bagi aktiviti senaman T-Rex 3 berkesan menjejaki tempoh, kadar denyutan jantung, ulangan dan tempoh rehat.

Pecahan visual penggunaan otot primer dan sekunder membantu memfokuskan latihan, menjadikan penjejakan sebagai alat yang hebat untuk meningkatkan latihan. Templat senaman yang boleh disesuaikan melalui Aplikasi Zepp juga memudahkan set pengaturcaraan dan wakil.

T-Rex 3 turut menampilkan ciri Amazfit Helio Ring, yang berpasangan dengan T-Rex 3 dan Zepp App 4.0, yang boleh merekodkan tempoh tidur, kualiti tidur dan keteraturan si pemakai.

Dijual pada harga RM1,099 ia adalah satu kemestian bagi sesiapa sahaja yang mahukan jam tangan pintar sukan-luar-ekstrem untuk menemani anda ke mana-mana.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini