HONOR Magic V3 telah berjaya berdiri teguh di atas susunan rumah kad permainan semasa cabaran Guinness World Record, sekali gus menjadi penanda aras yang mendefinisikan ultra-ringan.
Sebagai telefon boleh lipat terkini HONOR yang paling nipis, ringan dan tahan lasak dengan hanya seberat 226g, pencapaian ini menjadikan HONOR Magic V3 mengatasi model sebelumnya.
Cabaran ini dilakukan dengan kolaborasi bersama Bryan Berg, pemegang rekod Guinness World Record untuk menyusun kad permainan. Berg telah berjaya membina
rumah kad permainan setinggi 54 tingkat semasa penstriman langsung di platform
YouTube dan X (dahulunya Twitter) HONOR Global, semalam.
Berg menghabiskan masa selama lapan jam untuk membina rumah kad permainan tertinggi tanpa menggunakan gam, dan setelah siap, HONOR Magic V3 diletakkan di puncak struktur tersebut.
Struktur yang mudah jatuh ini kekal teguh tanpa pergerakan, memperlihatkan rekaan ringan dan kejuruteraan inovatif telefon boleh lipat tersebut.
Ujian Ketahanan Sebenar HONOR Magic V3 – ‘Dibasuh’ dalam mesin basuh
Bentuk HONOR Magic V3 yang ultra nipis dengan hanya setebal 9.2mm apabila dilipat dan 4.35mm semasa lipatan dibuka, menandakan keanggunan yang tiada seumpamanya. Untuk menguji ketahanannya, HONOR telah ‘membasuh’ peranti ini di
dalam mesin basuh selama 15 minit.
Hasil daripada ujian ini mendapati HONOR Magic V3 bukan sekadar tahan calar bahkan menunjukkan keupayaan kalis air yang menakjubkan, sekaligus mengesahkan kualiti binaannya. Ujian tersebut boleh dilihat di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.
Bagaimanakah HONOR Magic V3 menjadi amat ringan dan tahan lasak?
Berikutlah sebabnya.
Jenama telefon pintar pertama yang menggunakan bahan Super Fiber Panel belakang HONOR Magic V3 diperbuat daripada fiber unik yang adalah bahan-bahan aeroangkasa dengan ketahanan 5800MPa yang tiada tandingan.
Bahan ini lebih kukuh berbanding Kevlar dan fiber karbon agar peranti ini kekal ringan serta tahan lasak dalam masa yang sama. Sebagai jenama telefon pintar pertama yang menggunakan fiber termaju ini, HONOR telah mereka bentuk telefon yang boleh menahan impak sebanyak 40 kali berbanding Samsung S24 Ultra, selain 40% lebih nipis, membolehkan HONOR Magic V3 mampu bertahan walaupun dalam keadaan mencabarkan.
HONOR Super Steel Hinge, bahan engsel paling kukuh dan ternipis
Teras kepada ketahanan HONOR Magic V3 ini ialah HONOR Super Steel Hinge yang menerajui industri dan diperbuat daripada generasi kedua keluli super HONOR Super
Steel.
Bahan ini memiliki ketegangan sekuat 2100MPa, mengatasi engsel keluli Samsung Z Fold6 yang sekuat 1600MPa. Dengan mengurangkan ketebalan badan engsel kepada saiz terbaik industri pada 2.84mm, HONOR telah mengoptimumkan ruang dalaman untuk memperkukuhkan struktur bagi menambah baik ketahanan keseluruhan peranti ini.
Engsel ini berupaya menahan sehingga 500,000 lipatan dan juga telah menerima pensijilan SGS Durability Certification yang mengukuhkan lagi kelasakan dan ketahanan peranti ini.
HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield, 10 kali ganda anti-jatuh dan anti-calar
Paparan luaran 6.43 inci HONOR Magic V3 diperkuatkan dengan perlindungan HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield, menawarkan 10 kali ketahanan jatuhan dan calar
berbanding kaca biasa.
Dengan kepadatan kristal 50% lebih tinggi berbanding bahan biasa, paparan ini direka agar dapat bertahan daripada jatuhan tidak sengaja dan kegunaan harian. Telefon boleh lipat ini kekal tanpa cela walaupun dalam keadaan yang paling getir.
IPX8 Kalis Air, tertinggi untuk telefon boleh lipat
HONOR Magic V3 juga menetapkan penanda aras baru untuk kalis air pada telefon boleh lipat, dengan penarafan IPX8 yang tertinggi bagi peranti boleh lipat.
Telefon ini masih berfungsi walaupun berada di kedalaman 2.5 meter air, menjadikannya selamat untuk digunakan semasa hujan renyai, terkena tumpahan air atau terjatuh ke dalam air seperti yang dibuktikan dalam cabaran mesin basuh.
Tahap kalis air ini memastikan agar HONOR Magic V3 boleh berfungsi sepenuhnya dan dilindungi. Jangka hayat peranti ini menjadi lebih panjang dan memberi pengalaman pengguna yang lebih memuaskan.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V3, ikuti laman rasmi Facebook dan
laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/