OPPO memperkenalkan Reno12 F 5G di Malaysia, menyertai Siri Reno yang popular dengan telefon AI yang amat bergaya dan senang dimiliki.
Dilengkapi dengan Reka Bentuk Cosmos Ring baharu, Lampu Halo dinamik, Skrin Adaptif Pintar 120Hz dan Perisai Serba Lengkap yang kukuh, Reno12 F 5G memukau dengan reka bentuk yang bergaya dan binaan yang teguh.
Sebagai Pakar Potret AI, OPPO Reno12 F 5G bukan sahaja menjadi peneraju dalam meningkatkan kreativiti dalam fotografi dengan ciri AI canggih seperti Pemadam AI 2.0 dan Penyingkiran Imej Pintar 2.0, tetapi juga meningkatkan produktiviti dengan alat AI termasuk Ringkasan Rakaman AI, Penulis AI dan banyak lagi.
Dikuasakan untuk prestasi tinggi oleh MediaTek Dimensity 6300 Platform, bersama dengan AI LinkBoost untuk ketersambungan yang dipertingkatkan, OPPOReno12 F 5G adalah pilihan utama untuk pengguna yang baru melangkah ke dunia Telefon Pintar AI.
Sempena pelancaran baharu ini, kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa OPPO akan bekerjasama dengan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk pengalaman yang menarik kepada semua pengguna kami.
Dilengkapi dengan Reka Bentuk Cosmos Ring yang menakjubkan dengan adanya dua pilihan warna menawan di mana menggabungkan kedua-dua skema warna kontemporari dan klasik pada OPPO Reno12 F 5G.
Jingga Amber, dengan tekstur yang menari seperti nyalaan api yang berkelip-kelip; Hijau Zaitun, dengan tekstur tiang cahaya melengkung yang memancarkan perubahan dinamik.
Berukuran hanya 7.69mm dalam Hijau Zaitun dan 7.76mm dalam Jingga Amber, telefon ini hanya seberat 187g, menggabungkan reka bentuk bergaya dengan keselesaan untuk semua lokasi dan suasana.
OPPO Reno12 F 5G dikuasakan oleh komitmen OPPO untuk menjadikan teknologi AI yang mudah diakses dengan menyediakan lebih banyak ciri GenAI canggih kepada pengguna yang dapat membangkitkan kreativiti dalam fotografi dan meningkatkan produktiviti.
Berkenaan dengan fotografi AI, Pemadam AI 2.0 menawarkan cara mudah untuk menghilangkan orang yang tidak diingini dari foto dengan hanya sentuhan sekali, menyokong penyingkiran pelbagai objek dan pengisian semula latar belakang yang dihasilkan secara semula jadi dengan lebih pantas.
Sementara itu, Penyingkiran Imej Pintar AI 2.0 telah dikemas kini dengan ketepatan yang dipertingkatkan, membolehkan potongan gambar pelbagai subjek yang boleh disimpan sebagai pelekat tersendiri untuk kegunaan masa depan.
Telefon ini juga dilengkapi dengan AI Studio, yang menyediakan pengalaman fotografi berkuasa AI yang diperibadikan untuk mengubah potret biasa menjadi avatar digital yang unik.
Dengan adanya Bateri Besar 5,000mAh, OPPO Reno12 F 5G boleh bertahan sehingga 1.94 hari untuk penggunaan biasa, atau 13.95 jam penstriman TikTok 7 tanpa henti. Terima kasih kepada teknologi canggih OPPO, bateri ini juga mampu mengekalkan prestasi optimum selama lebih daripada empat tahun penggunaan normal.
Bateri tahan lama ini dilengkapi dengan Pengecas Flash SUPERVOOC™ 45W, yang membolehkan pengecasan penuh 100% dalam tempoh 71 minit.
Malah, pengecasan pantas 10 minit dari 1% boleh memberikan main balik muzik selama 7 jam atau lebih daripada 6 jam masa panggilan, memastikan pengguna tidak akan terlepas daripada berhubung dan terhibur walaupun dalam masa beberapa minit sahaja.
OPPO Reno12 F 5G boleh didapati di kedai yang tersenarai dibawah dalam warna Jingga Amber dan Hijau Zaitun mulai 12 Julai di seluruh negara. Model 12GB + 256GB berharga pada harga runcit disyorkan RM1,399 dan model 12GB + 512GB berharga pada harga runcit disyorkan RM1,799 yang akan dijual secara ekslusif di semua saluran Telco.