Demi minat yang mendalam terhadap dunia kecantikan, bekas jurutera, Azizah Salleh, sanggup meninggalkan karier yang disandang demi mengejar impian membuka sebuah pusat kecantikan, Kireina Wellness.

Bukan hanya memberi khidmat kecantikan semata-mata, Kireina Wellness turut menjanjikan suasana selamat buat wanita untuk bersosial sambil mendapatkan rawatan.

“Cabaran dunia hari ini amat memberi tekanan kepada kaum hawa, bukan sahaja daripada segi fizikal malahan mental, mana lagi mahu berjaya dalam kerjaya, membina keluarga dan menjaga keintiman suami isteri kerana itu kita tidak lokek berbelanja hampir RM1 juta untuk ruang selesa serta peralatan canggih yang tidak invasif (non invasive) untuk wanita,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancarannya di Shah Alam, baru-baru ini.

Kireina Wellness membuka tirai cawangan yang pertamanya di Shah Alam dengan membawa produk terkenal Exilis by BTL dari Amerika Syarikat.

Pengarah Operasi, Dr Ainna Alias dan wakil dari BTL Aesthetic Malaysia turut membuat demostrasi pengunaan mesin Exilis.

Proses rawatan menggunakan Exilis hanya mengambil masa tidak lebih dari 8 minit bagi setiap sesi dan tidak menyakitkan. Menariknya, keberkesanan rawatan boleh dirasai serta merta selepas satu sesi dan tiada waktu rehat atau ‘down time’.

Exilis turut menawarkan rawatan Femme 360 yang mampu mengetatkan bahagian vagina dan membentuk semula libia wanita.

Selebriti, Shikin Maembong antara yang mendapatkan rawatan menggunakan Exilis untuk membentuk tubuh dan mengetatkan bahagian intimnya.

Turut hadir ketika sesi pelancaran ialah selebriti yang juga merupakan antara pelanggan terawal iaitu penyanyi, Zur Eda, pelakon, Nadia Brian serta penyanyi dan pelakon, Cat Farish.

Kireina Wellness turut menawarkan rawatan-rawatan yang merangkumi bahagian rambut, muka dan badan antaranya Vagina Tightening, Vulva Remodelling, PRX Face Lifting, Fat Loss & Body Contouring dan lain-lain lagi.

Kesemua rawatan itu adalah tidak invasif dan menggunakan bahan serta ‘medical grade’, iaitu gred paling tinggi dalam industri kecantikan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini