BMW Malaysia memperkenalkan BMW X4 xDrive30i M Sport Pro, mempertingkatkan model tersebut dengan set kelengkapan baharu yang komprehensif.
Penambahbaikan ini hadir dua tahun selepas SAC premium bersaiz sederhana pemasangan
tempatan ini debut di Malaysia. Kemasan luar BMW X4 xDrive30i M Sport Pro kini menampilkan garis bayang lampu M, yang menambah dimensi baharu pada lampu hadapannya melalui reka bentuk gelap terhadap elemen Chrome terpilih.
Melengkapkan kemasan tersebut adalah garis bayang berglos tinggi M dengan ciri tambahan, yang menyerlahkan bingkai gril kidney di bahagian hadapan dan tapak emblem BMW di bahagian belakang berwarna hitam berglos tinggi, malah paip ekzos juga turut menerima kemasan dalam warna Black Chrome.
Daripada sisi, BMW X4 xDrive30i M Sport Pro dilengkapi dengan tayar 21 inci BMW Individual V-Spoke Style 726 – yang pertama untuk mana-mana model di Malaysia –
serta brek M Sport berwarna merah berglos tinggi.
Beralih ke sistem bantuan pemanduan, BMW X4 xDrive30i M Sport Pro kini dilengkapi dengan Active Cruise Control dengan fungsi Stop&Go di samping Sistem Bantuan Pemanduan sedia ada.
Active Cruise Control berfungsi untuk memudahkan pemandu dalam trafik yang mengalir, dengan melaraskan kelajuan yang diingini dan menetapkan jarak pengekalan antara kenderaan.
Penyepaduan fungsi Stop&Go telah memperluaskan aplikasi sistem ini, membolehkan kenderaan berhenti sepenuhnya jika perlu.
Selain itu, BMW X4 xDrive30i M Sport Pro kini menampilkan telefoni dengan pengecasan tanpa wayar. Dari segi pilihan warna luaran, BMW X4 xDrive30i M Sport Pro tersedia dalam warna Alpine White, Black Sapphire dan M Brooklyn Grey.
Harga jualan yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW X4 xDrive30i M Sport Pro adalah:
BMW X4 xDrive30i M Sport Pro – RM399,800.00
Tambahan Servis & Pembaikan Inklusif BMW* – RM26,700.00
* terdiri daripada Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis