MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia, bakal menganjurkan acara eksklusif berkonsepkan MINI untuk menyambutkan Keluarga
MINI Baharu (The New MINI Family) dan peminat MINI (MINIacs) dijemput untuk meraikan
kemeriahan tersebut.

MINIacs akan berpeluang merasai pengalaman tambahan terbaru kepada Keluarga MINI ini secara langsung dan mempunyai peluang unik untuk merasai sendiri keterujaan pemanduan mobiliti bandar di tengah-tengah bandar.

Para hadirin dapat menikmati pelbagai jenis permainan bertemakan MINI dengan peluang untuk memenangi barangan MINI tersuai eksklusif. Para hadirin juga dapat menghayati evolusi luar biasa jenama MINI melalui pengalaman interaktif digital baharu di Zon Jenama dan Produk, seperti dunia maya MINIverse – yang mana mereka boleh menikmati pengalaman trek dinamik permainan tersebut dengan kereta MINI pilihan mereka.

Butiran acara:
Tarikh: Sabtu, 13 Julai 2024
Masa: 9:30 pagi hingga 8:30 malam
Lokasi: JioSpace Lot 1, Jalan 19/1b, Seksyen 19,
46300 Petaling Jaya, Selangor

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini