Ulike, jenama peranti penyingkir bulu di rumah nombor satu dunia 2022, membawakan Masa Hadapan Kecantikan ke rumah peminat kecantikan, dengan memperkenalkan peranti IPL pertamanya yang dilengkapi fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan daripada salun, untuk memberikan hasil klinikal kepada pengguna menerusi penggunaan Ulike Air10 secara konsisten.
Dengan peranti IPL Air10, pengguna boleh melihat hasilnya seawal dua minggu dan
menikmati kulit licin yang tahan lama hasil daripada mod Dual Lights yang mempunyai dua
kali ganda sumber cahaya untuk rawatan yang lebih pantas, lebih berkesan, serta 18 peratus lebih luas kawasan rawatan.
Manakala, mod SHR yang diinspirasikan daripada salun telah menetapkan tanda aras baharu dalam industri dengan jumlah keluaran tenaga 26J yang mengagumkan bagi setiap pancaran empat getaran; mampu menyingkirkan bulu yang paling degil.
Ulike Air10 dilengkapi dengan teknologi Next-Gen Ice Cooling yang memberikan sensasi
sejuk dan selesa kepada pengguna. Teknologi ini adalah hasil penyelidikan mengenai IPL
selama lebih sepuluh tahun, memperlihatkan sistem penyejukan utama Ulike mengekalkan
suhu sentuhan 65°F yang sejuk untuk sesi seluruh badan walaupun selepas 30 minit.
Langkah ini berupaya melindungi kulit pengguna, mengelakkan kelecuran di samping
menikmati sensasi segar selepas setiap rawatan. Teknologi SkinSensor Ulike Air10 membolehkan pengguna menikmati lebih ketenangan fikiran apabila menggunakan peranti tersebut.
Teknologi perlindungan kulit Ulike yang serba baharu ini mampu mengenal pasti warna kulit dengan tepat, melaraskan kuasa rawatan secara automatik dan berhenti berkelip jika kawasan rawatan yang diingini adalah terlalu gelap untuk penggunaan yang selamat, agar pengguna sentiasa bebas daripada kebimbangan dan bebas bulu dengan penggunaan yang konsisten.
Peranti penyingkir bulu revolusioner ini didatangkan dalam empat mod kuasa untuk menyingkirkan bulu dari kepala hingga ke kaki, iaitu Mod Pantas yang sesuai untuk kemasan dan rawatan kecil, Mod Normal yang sesuai untuk menyingkirkan bulu yang halus dan normal, Mod Tinggi yang sesuai untuk menyingkirkan bulu yang lebih tebal, dan Mod SHR untuk rawatan intensiti tinggi bagi menyingkirkan bulu yang degil.
Dengan penggunaan Air10 secara konsisten, pengguna boleh menikmati hingga 73.33 peratus pengurangan bulu, 82.38 peratus purata pengurangan panjang bulu dan hingga 96.52 peratus pengurangan ketumpatan bulu.
Peminat kecantikan juga berpeluang untuk mendapatkan Air10 pada harga menarik melalui
jualan eksklusif Ulike 6.6! Tambahan lagi, sebagai sebahagian daripada Jualan Mega Ulike
6.6 & Jualan Hari Jenama Super, peminat boleh menikmati tawaran diskaun hingga 50
peratus untuk produk Ulike.