Penyedia perkhidmatan haji dan umrah terkenal, Juara Travel & Tours Sdn Bhd (Juara) mengambil pendekatan strategik dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri pelancongan di negara ini.

Pengarah Urusannya, Hajjah Rosnah Wagino berkata, perancangan yang rapi dan usaha yang berterusan akan memacu perkembangan syarikat yang kini berkembang dan di dikenali di seluruh negara.

Juara kini mempunyai 28 cawangan seluruh Malaysia dan ibu pejabatnya terletak Taman Nirwana, Ampang.

Anak kelahiran Felda Jengka 1 itu berkata, syarikatnya yang lebih 20 tahun beroperasi itu kekal komited dan optimis segala perancangan yang dilaksanakan bertepatan dengan slogan ‘Juara Pilihan Kami’ akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada bakal jemaah umrah dan haji pada masa akan datang.

“Pada musim haji tahun ini, Juara akan membawa seramai 220 jemaah dan menyediakan persiapan yang rapi dengan menambah baik mutu perkhidmatan yang akan diberikan kepada bakal-bakal haji yang memilih kami sebagai agensi pengelola haji mereka.

”Kami adalah agensi yang menjalankan kursus dengan simulasi lengkap selama 2 hari agar para jemaah dapat merasai sekurang-kurangnya keadaan sebenar yang bakal dihadapi di Mekah nanti” katanya ketika ditemui ketika Kursus Haji Perdana 1445H di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, Juara Travel & Tours adalah antara syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) menyediakan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.

“Juara juga syarikat pengendali pakej umrah dengan servis terbaik, kami tidak menolak apa sahaja keadaan jemaah, ada yang perlu jalani dialisis namun ingin ke tanah suci juga tetap kami terima kerana kerjasama dengan pihak hospital di sana untuk menguruskan jemaah ini.

“Dengan pakej bermula RM6990, kami menyediakan khidmat pembimbing untuk menyantuni para jemaah sebelum, ketika dan selepas mengerjakan ibadah umrah” katanya lagi.

Sementara itu, Juara juga turut menyediakan perkhidmatan pelancongan luar negara antaranya, Turki, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, India dan sebagainya.

Menurutnya, Juara sentiasa melakukan penambahbaikan dalam memastikan operasi syarikat terus cemerlang dan menjadi pilihan utama jemaah umrah dan haji.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini