Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, melalui perkhidmatan kuriernya, Pos Laju dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji, berbangga mengumumkan kesinambungan Perkhidmatan Bagasi Haji khusus untuk jemaah Haji Malaysia yang menunaikan ibadah Haji di kota suci Makkah dan Madinah pada tahun ini.

Sejak tahun 1998, Pos Laju telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji sebagai penyedia
perkhidmatan pengurusan barangan peribadi jemaah Haji, untuk memastikan penghantaran yang lancar dan selamat bagi barang-barang berharga mereka ke Malaysia dan negara-negara ASEAN terpilih.

Pos Laju juga bersedia sepenuhnya untuk menawarkan pengalaman perkhidmatan yang dipertingkatkan sepanjang tempoh musim Haji untuk tahun ini.

Pos Laju menyediakan penyelesaian penghantaran yang komprehensif untuk bagasi dan kotak, sama ada ke Malaysia atau negara-negara ASEAN yang lain serta seluruh dunia.

Perkhidmatan ini boleh didapati di hotel-hotel yang ditetapkan dan perkhidmatan pengambilan percuma juga disediakan dari lokasi penginapan jemaah untuk keselesaan dan kepuasan jemaah Haji.

Selain itu, Pos Laju menawarkan pengendalian khusus untuk penghantaran al-Quran ke Malaysia, termasuk penggunaan pelekat khas untuk membezakan kotak ini dari yang lain.

Kotak-kotak ini akan diurus dengan penuh berhati-hati, tidak diletakkan di lantai atau ditindih di bawah kotak-kotak yang lain, seterusnya mengukuhkan komitmen Syarikat untuk memenuhi keperluan rohani pelanggan dengan penuh hormat dan teliti.

Pos Laju telah mengukuhkan jenamanya sebagai pilihan utama di kalangan jemaah Haji dalam penghantaran al-Quran dengan prosesnya yang teliti.

Pos Laju bertekad untuk meningkatkan aksesibiliti perkhidmatannya dengan mengendalikan tujuh kaunter yang terletak di hotel-hotel yang ditetapkan di Makkah dan Madinah, dan disokong oleh 30 kakitangan dari Malaysia.

Kaunter-kaunter ini terletak di Abraj Al-Janadriyah, Qasr Al-Janadriyah, Masat Al-Badaya, Zwar Al-Bit, Al-Fajer Al-Badya 2, dan Jawharat Al-Bit di Makkah serta Emmar Royal di Madinah di mana kakitangan Pos Laju yang berdedikasi akan bersedia
untuk membantu dengan segala keperluan jemaah Haji.

Kaunter Pos Laju akan beroperasi dari pukul 7:30 pagi hingga 11:00 malam (waktu tempatan) dan jemaah Haji akan memiliki pilihan untuk membeli kotak Pos Laju dalam saiz kecil, sederhana, dan besar untuk barang-barang yang akan dihantar ke rumah mereka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari bekerja.

Kaedah pembayaran yang tersedia adalah transaksi dalam Riyal Saudi di kaunter di Makkah dan Madinah atau tunai ketika penghantaran (“COD”) setelah menerima penghantaran mereka di Malaysia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini