Sarawak dekat di hati kami! Ketibaan Domino’s Pizza di Sarawak yang sudah lama dinanti-nantikan kini menjadi realiti dengan pembukaan tiga cawangan baharu di Kuching. Malah, ini merupakan kali pertama jenama antarabangsa tersebut membuka tiga cawangan secara serentak pada hari yang sama.

Majlis pelancaran gilang-gemilang yang diadakan di cawangan Domino’s Metro City, Kuching, telah menghimpunkan peminat piza dari segenap peringkat usia dalam karnival keluarga pertama jenama ini di Sarawak!

Bagi ramai penduduk Sarawak, ini merupakan kali pertama mereka merasai Domino’s
Pizza, semenjadikannya satu acara yang sukar dilupakan!

Ketiga-tiga cawangan terbaharu Domino’s yang terletak di Metro City (cawangan ke-270), Tabuan (cawangan ke-271) dan Jalan Green (cawangan ke-272), telah secara rasmi mula menghidangkan piza lazat yang dibakar segar sejak 29 April 2024.

Pengembangan operasi ke Sarawak ini mengukuhkan lagi kedudukan Domino’s Pizza Malaysia sebagai pasaran Domino’s terbesar di Asia Tenggara. Kini, jenama ini beroperasi di seluruh 272 cawangan, menandakan tahun ke-27 telah bertapak di Malaysia.

Turut hadir di majlis pelancaran yang diadakan di Domino’s Metro City ialah Linda Hassan, Ketua Pegawai Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja.

Beliau berkata, “Sarawak sentiasa dekat di hati kami dan pengembangan operasi Domino’s ke pasaran baharu ini ialah satu langkah penting bagi kami.

“Kami teruja untuk membawakan nikmat rasa Domino’s Pizza dan perkhidmatan mesra
kepada penduduk Kuching. Pasukan Domino’s telah mencurahkan banyak masa, tenaga dan sumber untuk memastikan pembukaan cawangan yang lancar.

“Matlamat kami ialah untuk memastikan bahawa setiap pelanggan di Sarawak bukan sahaja dapat menikmati piza kami, tetapi juga pengalaman Domino’s yang tidak dapat
dilupakan. Kami tidak sabar untuk membawakan pengalaman Domino’s untuk dinikmati oleh penduduk Sarawak, termasuk tawaran unik kami seperti khidmat penghantaran percuma dan kemudahan pesanan awal sehingga dua minggu lebih awal.”

Berbekalkan komitmen untuk menyediakan doh segar setiap hari, Domino’s Pizza sukacita untuk menawarkan pelbagai pilihan menu yang memenuhi keperluan penggemar daging, peminat ayam dan juga pemakan sayur.

Selain daripada menyediakan tawaran nilai untuk wang dan promosi menarik, Domino’s juga melanjutkan kepakarannya sebagai pakar penghantaran piza, memastikan penggemar piza Sarawak boleh menikmati Penghantaran Percuma Sepenuhnya dengan jaminan penghantaran 30 minit.

Sempena dengan pelancaran rasmi cawangannya di Sarawak, Domino’s menawarkan promosi istimewa. Pelanggan di Sarawak boleh menikmati 2 piza biasa pada harga hanya RM30 atau menikmati Boxku pada harga hanya RM9.90. Tawaran tempoh terhad ini disediakan secara eksklusif untuk pelanggan Sarawak sahaja.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini