Memanfaatkan perkongsian selama lebih sedekad, Continental Tyres dan Brabus bekerjasama untuk menguji had tayar `sporty’ yang baru dilancarkan, bersesuaian untuk APAC (Asia-Pasifik), iaitu MaxContact MC7, di kemudahan ujian Continental yang terkenal di dunia, Contidrom.

Menggunakan BRABUS 750 Bodo Buschmann Edisi 1 daripada 25 yang sangat terkenal, ujian itu menunjukkan kehebatan tayar dalam kawalan maksimum dan kejituan pengemudian dalam mengendalikan tork 900Nm, dengan tayar 275/35R21 dipasang di bahagian hadapan dan tayar 315/30R21 dipasang di bahagian belakang.

“Kami sentiasa teruja dengan kerjasama baharu dalam perkongsian kami yang terjalin sejak sekian lama dengan Brabus. Bersama Brabus, kami berkongsi komitmen terhadap prestasi,” kata Dalibor Kalina, Ketua Continental bagi Tayar Penggantian Kawasan Perniagaan APAC.

“MaxContact MC7 baharu adalah untuk pemandu yang ingin merasai pengalaman pemanduan harian secara maksimum. Walau bagaimanapun, produk itu berupaya melangkah lebih jauh daripada itu. Memasang tayar pada kenderaan yang berkaliber seperti ini merupakan bukti penting kepada kebolehan tayar MC7,” katanya.

Sven Gramm, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi berkata, “Edisi 1 daripada 25 BRABUS 750 Bodo Buschmann merupakan penghormatan kepada tokoh penghalusan automotif
terkenal dan pengasas Brabus, Bodo Buschmann.

Edisi 1 daripada 25 BRABUS 750 Bodo Buschmann merupakan bukti bagaimana prestasi moden bergabung dengan kejuruteraan yang unggul, dengan binaan mengagumkan yang
membolehkan kereta itu bergerak dari 0 hingga 100km/j dalam 3.3 saat, dan mencapai
kelajuan maksimum 315km/j.

Continental MaxContact MC7 baharu menandingi prestasi dan kelajuan yang luar biasa ini, sekali gus membolehkan tork kereta sepantas kilat 900 Newton meter (Nm) dilepaskan dan pada masa yang sama memastikan cengkaman yang maksimum dan pembrekan yang terbaik.

Reka bentuk Cornering Macroblocks yang unik dan Kompaun ReFlex membantu
MaxContact MC7 mencapai kebolehsesuaian yang luar biasa dan cengkaman teguh pada
permukaan jalan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini