Kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah pula dengan kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi pasti menjadi cabaran yang hebat buat mereka yang kurang bernasib baik terutamanya golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim.

Prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan ini, syarikat penjagaan kulit, The Raw dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis), Pertubuhan Kebajikan RichWorks (RichWell) dan Enrichment Media Lab Sdn Bhd mengambil inisiatif menginfakkan 50 tan beras dalam program ‘Sentuhan Kasih The Raw’.

Pegawai Perhubungan Awam, The Raw, Nor Amira Amizan berkata, program amal ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang pertama kali diadakan.

“Pihak kami sentiasa menekankan kepentingan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan berharap dapat menjadi syarikat perusahaan yang bermanfaat kepada orang ramai”, katanya.

Beliau berkata, inisiatif yang dijalankan ini merupakan salah satu budaya dan nilai yang diterapkan dalam syarikat bagi memberi kembali kepada masyarakat.

Sebanyak 10,000 kampit beras telah diagihkan secara berperingkat sepanjang program ini berlangsung iaitu di Perumahan Awam Desa Rejang, 4 buah masjid dan surau terpilih di sekitar Selangor, serta penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Cheras.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Dato’ Haji Mohd Aizuddin Mohd Ghazali yang ditemui turut menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan mengandungi barangan keperluan asas kepada penerima yang hadir.

The Raw merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa dalam industri kecantikan, diasaskan oleh Adibah Mazlan, bekas ahli farmasi yang pernah berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berpengalaman luas dalam bidang farmasuetikal, Adibah Mazlan amat menitikberatkan kepentingan penggunaan bahan yang selamat tanpa merkuri bagi memastikan pengguna mendapat kulit yang cantik dan sihat.

Produk The Raw kini boleh didapati di lebih 500 cawangan Guardian dan 60 Aeon Wellness seluruh negara.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini