Jenama pakaian urban, UNIQLO mengumumkan pelancaran koleksi T-shirt projek amal “Hope Away From Home” yang menampilkan rekaan pemenang daripada peraduan Youth with Refugees Art anjuran bersama Suruhanjaya Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

Peraduan Youth with Refugees Art yang ditubuhkan oleh UNHCR pada tahun 2020, menyediakan platform kepada belia berumur dari 10 hingga 30 tahun untuk mempamerkan bakat dan kreativiti sambil menyatakan solidariti mereka kepada pelarian melalui seni.

Pada tahun 2023, UNIQLO dan UNHCR telah menganjurkan peraduan dan menyeru semua pelanggannya untuk memberi sokongan kepada pelarian dengan membeli t-shirt koleksi khas tersebut.

‘Hope Away From Home’ mengetengahkan pengiktirafan dan penyertaan pelarian yang meninggalkan rumah mereka untuk mencari harapan dan membina semula kehidupan di tempat perlindungan.

Karya seni yang dicipta semasa peraduan ini bertujuan membantu pelarian mencari penerimaan dan mengambil langkah seterusnya dalam perjalanan mereka, daripada bertemu rakan baru, mempunyai tempat untuk belajar, bersatu semula dengan keluarga dan mencari kerja.

Dari 4,000 penyertaan yang diterima dari seluruh dunia, UNIQLO telah memilih lima rekaan untuk dipaparkan pada koleksi T-shirt kali ini.

Sebagai tambahan kepada sumbangan sebanyak AS$100,000 (kira-kira MYR479,750) UNIQLO akan menyumbang AS$3 (kira-kira MYR14.40) kepada UNHCR untuk setiap T-Shirt yang dibeli daripada koleksi ini.

UNIQLO juga akan mendermakan 5,000 helai T-shirt dan 1,000 buah beg jinjing daripada koleksi ini kepada UNHCR, bersamaan dengan kira-kira MYR381,100), berdasarkan nilai runcit barangan ini di UNIQLO di Jepun.

Koleksi T-Shirt ‘Hope Away from Home’ akan mula berada di pasaran pada 24 Mac di cawangan UNIQLO Damansara Avenue, Fahrenheit88, The Exchange TRX, Sunway Pyramid dan Queensbay Mall, Pulau Pinang dengan harga RM59 untuk kanak-kanak dan RM79 bagi dewasa.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini