Menjelang bulan Ramadan yang mulia, De.Wan 1958 oleh Chef Wan di Bangi Resort Hotel hari ini melancarkan Bufet Ramadan bertemakan “Balik Kampung” yang amat dinanti-nantikan, menjanjikan perjalanan kulinari yang dipenuhi dengan rasa dan tradisi Melayu asli.

Tema “Balik Kampung” mengimbau nostalgia balik ke kampung halaman dan akan menyaksikan chef kesayangan ramai, Chef Wan mempamerkan kepakaran kulinarinya melalui seleksi hidangan tradisional yang disusun rapi.

Setiap hidangan telah disediakan dengan teliti untuk membawa tetamu mengimbau kembali memori “Balik Kampung” di Bangi Resort Hotel. Di samping itu, di The Linc KL dan Pusat Membeli-belah Bangsar, tetamu De.Wan 1958 akan dapat menikmati hidangan tema Juadah Desa yang menampilkan pengalaman kulinari unik yang menyerlahkan kepelbagaian rasa desa.

Hidangan bufet di ketiga-tiga lokasi itu akan menampilkan pilihan hidangan tradisional Melayu yang pelbagai, hasil rekaan oleh pakar iaitu Chef Wan dan pasukan kulinarinya.

Chef Wan yang juga dikenali sebagai Datuk Redzuawan Ismail meluahkan rasa terujanya, Ramadhan ini, kami menjemput anda untuk memulakan perjalanan kulinari dengan meraikan tradisi kita pulang ke kampung halaman dan bertemu dengan orang tersayang.

Hidangan popular yang boleh didapati di bufet termasuk Peha Kambing dan Lemang Pulut Hitam yang lazat, dihidangkan bersama Seruding Daging & Ayam. Hidangan bufet boleh dinikmati dari 15 Mac – 8 April 2024, setiap petang dari 6:30 petang hingga 9:30 malam.

Pelanggan terawal boleh merebut peluang untuk menikmati pengembaraan gastronomi ini pada harga eksklusif bermula RM138 di Bangi Resort Hotel dan RM158 di The Linc KL dan Bangsar Shopping Centre. Harga biasa ditetapkan pada RM158 untuk Bangi Resort Hotel dan RM188 untuk The Linc KL dan Bangsar Shopping Centre Mall.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini