Dalam kerangka Ekonomi MADANI, Kerajaan telah mensasarkan kepentingan penglibatan Wanita dalam tenaga kerja sebanyak 60 peratus bagi memperkukuh strategi bakat yang akan memenuhi keperluan Ekonomi MADANI.

Namun, pertumbuhan kadar penyertaan Wanita dalam tenaga kerja masih lagi rendah iaitu sebanyak 56.3 peratus pada suku tahun ke-empat 2023.

Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui agensinya, Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) memperkenalkan Inisiatif baharu iaitu Wanita MyWIRA yang bertujuan untuk mengurangkan jurang tenaga kerja.

Sebagai agensi yang ditugaskan untuk menggerakkan strategi bakat, Wanita MyWIRA akan menjadi sebuah hub inisiatif yang akan memperkasa wanita serta menstruktur kesemua program-program Wanita di bawah seliaan TalentCorp.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, TalentCorp telah diberikan mandat oleh KESUMA untuk memperkasa tenaga kerja Negara, termasuklah mempertingkat inisiatif yang mengangkat nilai Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman (DEI) yang membantu mencapai matlamat Kadar Penyertaan Tenaga Kerja Wanita (FLFPR).

“Memandangkan Negara kekurangan maklumat dan data bagi guna tenaga dalam kelompok Wanita yang telah berhenti kerja dan sebaliknya, adalah penting untuk kita mempunyai data yang sebenar dan khusus bagi membantu mereka.

Justeru, TalentCorp telah dipertangunggjawabkan melalui inisiatif Wanita MyWIRA untuk melakukan transformasi  pendigitalan Program Kembali Berkerjaya (CCP) yang akan memudahcara insentif percukaian serta mengumpul data sebenar dalam usaha untuk menarik minat dan meningkatkan kedudukan wanita disamping memperkukuh kerjasama rentas agensi dibawah KESUMA” katanya.

Inisiatif Wanita MyWIRA ini sejajar dengan matlamat kerangka ekonomi MADANI untuk mencapai kesaksamaan gender. Ia merupakan tunjang kepada program-program yang memperkasa Wanita termasuklah Insentif Cukai melalui program CCP yang dilanjutkan sehingga 2027.

Selain itu, TalentCorp turut menganjurkan pelbagai program advokasi yang menyokong majikan dalam menerapkan nilai DEI bagi menarik penyertaan Wanita dan ibu bapa yang berkerja termasuklah Women Industry Network, Aturan Kerja Fleksibel (FWA), sokongan amalan keseimbangan kerja-kehidupan (work-life practices).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew berkata TalentCorp akan terus memberi sokongan kepada wanita dan bakat terpendam yang boleh membantu mencapai aspirasi Ekonomi MADANI.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini