Majestic Group, peneraju kecemerlangan seni bina terkemuka telah memulakan perjalanan baharu lebih bermakna menerusi penjenamaan semulanya kepada Majestic Gen. Dengan watak pratagonis dan menjadi mercu tanda baharu di mana kemampanan, kecekapan, kemodenan dan aspek elegan diadun dengan lancar, ia mencorak masa depan pembangunan hartanah menjadi lebih bertenaga.

Dengan rekod prestasi yang tidak dapat disangkal menjangkaui hampir dua dekad, Majestic Group yang berdiri megah sebagai pemaju yang pakar dan pintar ini, telah menawarkan portfolio projek kediaman, komersial dan perindustrian yang meluas.

Beroperasi menerusi tunggak kejayaan dan pertumbuhan, kumpulan itu memberi impak yang mendalam dalam landskap pembangunan hartanah.

Ia terutama menerusi pencapaian cemerlang dalam pelbagai projek seperti pembangunan bercampur ‘The Annex’ di Cheras dan Taman Sungai Dua Utama di Seberang Perai Utara, yang menjadi contoh agung komitmennya terhadap kecemerlangan serta keupayaan dalam menyampaikan hasil yang luar biasa.

Pencapaian luar biasa ini telah membentuk semula dan memperkasakan komuniti, mewujudkan legasi yang berkekalan, selain menetapkan asas yang melonjakkan Majestic Gen ke tahap lebih tinggi.

Menerusi penjenamaan semula, Majestic Gen bersedia untuk memulakan perjalanan transformatif, mentakrifkan semula dan merintis era baharu pembangunan hartanah. Dengan gabungan harmoni antara inovasi, kemajuan, pelanggan diutamakan dan kemampanan dalam teras perniagaannya, Majestic Gen dilihat bersedia untuk mencipta anjakan dinamik dalam industri hartanah.

Ia melibatkan pewujudan penanda aras dalam sistem perniagaan, menjangkaui aspek pembangunan konvensional dan melangkau sempadan untuk mewujudkan ruang yang memberi inspirasi, menaikkan semangat dan meninggalkan kesan positif kepada alam sekitar serta komuniti.

Memahami Aspek Dinamik Di Sebalik Majestic Gen 

Bagi menterjemahkan impak dalam proses penjenamaan semula, Encik Ta Wee Dher, Pengarah Eksekutif Majestic Gen, berkata, “Melalui perjalanan penjenamaan semula yang komprehensif dan menyeluruh ini, kami telah menyelaraskan identiti korporat dengan visi dan nilai kami yang semakin berkembang.

Proses transformatif ini melibatkan dialog inklusif, pemerhatian mendalam dan memperhalusi misi utama dan proses dalaman kami. Objektif utama kami ialah mewujudkan budaya organisasi yang diperkemaskan untuk memupuk komitmen kolektif dan rasa bangga semua pihak berkepentingan, selain memastikan penjajaran sempurna dengan visi kebangkitan semula Majestic Gen.”

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini