Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung UMT, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negeri Terengganu, DCP Datuk Mazli Mazlan di pejabatnya, semalam.

Antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan berkenaan adalah kerjasama NGO dengan PDRM Negeri Terengganu khususnya berkaitan pendidikan kesedaran jenayah di peringkat universiti, sekolah dan persatuan belia.

Menurut Mustapha, selaku penceramah beliau memerlukan nasihat dan panduan khusus kerana berkaitan “scammer” yang amat membimbangkan kerana setiap hari ada kes yang berlaku melibatkan semua golongan selain kes kesedaran bahaya dadah dan jenayah lain.

“Selain itu, jatidiri dan motivasi juga perlu ditekankan agar sifat hormat menghormati diantara kita perlu ada konsep perpaduan antara kaum perlu dihayati bersama bagi kebaikan masyarakat dan negara,” katanya.

Dr Mustapha berkata, fokus kerjasama NGO dan PDRM ini menjadi agenda utama bagi sama-sama memberi kesedaran pencegahan jenayah kepada institusi pengajian tinggi, sekolah dan komuniti.

Sementara itu, Datuk Mazli berkata, kerjasama untuk pendidikan pencegahan jenayah amat di alu-alukan malah semua pihak perlu bangkit bersama untuk melaksanakan pencegahan jenayah.

“Usaha murni Datuk Dr Mustapha yang juga Profesor Adjung UMT satu langkah terbaik dan saya yakin beliau memiliki cukup pengalaman sebagai NGO bukan sahaja aktif membantu masyarakat dalam negara malah masyarakat di luar negara.

“Saya menyokong usaha-usaha yang baik bagi tujuan pendidikan pencegahan jenayah ini khususnya kepada seluruh masyarakat bagi kebaikan bersama,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini