Jom Sihat Bersama Sentosa di sambut meriah dengan kehadiran lebih 250 orang termasuk peserta-peserta Liga Penalti Sentosa. Kedua-dua program yang berjalan secara serentak itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.
“KPJ Sentosa KL selalu menganjurkan program-program sebegini untuk warga Bentong. Pada tahun lepas, mereka menganjurkan Sentosa Badminton Care 2023”, kata Young Syefura.
Gabungan dua program yang bukan sahaja untuk orang dewasa, malah untuk kanak-kanak juga disediakan. Pelbagai aktiviti yang diadakan bagi para ibu dan kanak-kanak seperti permainan karnival, pemeriksaan kesihatan, pameran daripada PERKESO, AIA dan lain-lain.
Liga Penalti Sentosa yang menawarkan hadiah wang tunai kejuaraan bernilai RM1,000 beserta medal itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari wakil-wakil badan korporat sekitar bentong yang membawa keputusan kumpulan MEGA diumumkan sebagai juara Liga Penalti Sentosa 2024.
Pengarah Eksekutif KPJ Sentosa KL, Catherine Lim Tsuey Tyng berkata, inisiatif seperti ini akan diteruskan di masa hadapan bagi berkongsi dengan penduduk setempat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.
‘Kami juga turut berterima kasih kepada Pejabat Ahli Parlimen Bentong, PERKESO, AIA serta Jabatan Perangkaan Bentong di atas kerjasama sepanjang kejohanan diadakan,” katanya.
Turut hadir Ketua Kg Bukit Piatu, Jaafar Abdul Majid.