Generali Malaysia mengumumkan pelancaran cawangan Melaka ― cawangan sehenti yang menawarkan rangkaian penyelesaian Insurans Am dan Hayat yang komprehensif, semuanya di bawah satu bumbung.

Semasa majlis memotong reben yang diadakan pada 26 Januari 2024, Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia menyentuh hakikat bahawa Melaka merupakan sebuah bandar raya yang dipenuhi dengan warisan budaya yang meriah.

Selama bertahun-tahun, bandar raya tersebut telah berubah menjadi hab perniagaan yang berkembang maju dengan pertumbuhan ekonomi yang luar biasa.

“Kami percaya cawangan Melaka kami mampu berkembang maju bukan sahaja sebagai sebuah tempat yang menyediakan perkhidmatan insurans sehenti, tetapi juga sebagai sebuah pusat pemprosesan utama, memacu transformasi dan menyumbang dalam pertumbuhan KDNK serta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Cawangan ini merupakan lensa yang membolehkan kami memerhatikan perniagaan dan hubungan kami dengan komuniti sekitar, sebagai sebahagian daripada strategi Rakan Sepanjang Hayat kami,” katanya dalam kenyataan.

Generali telah mereka bentuk semula cawangannya bagi menyediakan pengalaman yang tertumpu pada pelanggan melalui rundingan dan penyelesaian fizikal dan digital (phygital).

Ruang pelbagai fungsi tersebut memaparkan elemen-elemen fungsi, keterangkuman dan teknologi, yang menyerlahkan komitmen berterusan Generali ke arah kelestarian, inovasi dan pemusatan pelanggan.

Cawangan Melaka yang baharu ini menempatkan ruang khidmat pelanggan di tingkat bawah dengan beberapa buah bilik yang berfungsi sebagai tempat perbincangan peribadi, bilik latihan dan ruang pejabat mengisi ruang seluas empat tingkat.

Pelanggan dan rakan kongsi dialu-alukan masuk tanpa janji temu bagi mendapatkan perkhidmatan di kaunter, ataupun berbual secara peribadi dengan pegawai perkhidmatan yang berdedikasi dalam suasana yang kolaboratif.

Cawangan Generali Melaka kini dibuka dan sedia untuk memberikan perkhidmatan dari Isnin hingga Jumaat 8:45 pagi – 5:00 petang (kecuali cuti umum). Untuk maklumat lanjut, sila layari lokasi cawangan di laman web rasmi Generali Malaysia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini