Hotlink telah mempertingkatkan pelan prabayar dan pascabayarnya secara menyeluruh dengan 5G.

Dengan peningkatan ini, pelanggan kini boleh menikmati internet 5G pantas pada kelajuan tanpa had dan lebih banyak data pada mana-mana pelan Hotlink, memastikan pengalaman gaming dan penstriman tanpa gangguan.

Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pengguna Hotlink di Maxis, berkata: “Pelan prabayar dan
pascabayar 5G baharu kami menawarkan pengalaman 5G terbaik. Untuk semua peminat
gaming dan penstriman, kelajuan 5G kami yang tidak terhad menyediakan pengalaman
berkualiti tinggi yang lancar tanpa gangguan.

Untuk pempengaruh media sosial dan pelanggan yang memerlukan 5G yang sentiasa aktif, 5G tanpa had kami adalah ideal. Secara keseluruhan, kami berhasrat untuk menyediakan lebih banyak data dan nilai yang lebih baik secara menyeluruh dengan pengalaman 5G terbaik yang dibolehkan secara automatik untuk dinikmati semua orang.”

Semua pas Prabayar Hotlink kini disertakan dengan akses 5G. Pas Hotlink Tanpa Had baharu termasuk kelajuan 5G tanpa batas antara 8 malam dan 8 pagi setiap hari, di samping internet tanpa had dan akses hotspot setiap hari untuk pengalaman internet tanpa gangguan dan tanpa kebimbangan pada harga yang berpatutan.

Bagi mereka yang mahukan kelajuan tanpa had 24/7, pas Hotlink Prabayar Pantas baharu juga telah dinaik taraf dengan lebih banyak data.

Selain itu, Hotlink menawarkan baucar pulangan tunai 20% kepada golongan belia berumur bawah 24 tahun untuk setiap pembelian pas internet bulanan baharu. Butiran lanjut termasuk terma dan syarat tersedia di aplikasi Hotlink.

Pelanggan Hotlink Postpaid 60 dan 70 sedia ada akan dinaik taraf bermula dari 18 hingga 29 Januari 2024. Hotlink Postpaid 40 akan dihentikan dan pelanggan sedia ada akan kekal pada pelan tersebut tetapi dengan data dinaik taraf daripada 30GB (4G sahaja) kepada 30GB (4G/5G).

Semua pendaftaran baharu akan menikmati kuota internet baharu yang dinaik taraf
secara automatik.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini