HONOR Malaysia membuat kejutan dengan memperkenalkan edisi khas HONOR Magic V2 RSR pada pelancaran HONOR Magic V2, selasa lalu.

Model eksklusif ini adalah kolaborasi pertama HONOR dengan Porsche Design dan dijangka memasuki pasaran tempatan pada suku kedua tahun ini. Bagi mereka yang berminat untuk mencuba HONOR Magic V2 RSR boleh mendaftar untuk mendapatkan jemputan eksklusif di laman web rasmi HONOR.

Caranya mudah saja iaitu mengisi borang dan menunggu kod akses dihantar ke emel. Selepas menerima kod akses, anda boleh ke Kedai HONOR terpilih terdekat untuk merasai
sendiri ciri-ciri inovatif HONOR Magic V2 RSR. Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi antara yang terawal untuk mencuba telefon boleh lipat yang canggih ini.

Porsche Design HONOR Magic V2 RSR

Bahagian belakang HONOR Magic V2 RSR tampil dengan rekaan ‘flyline’ mirip bumbung kereta mewah Porsche 911. Reka bentuk telefon ini memberi cengkaman lebih baik apabila digenggam dalam tangan.

HONOR Magic V2 RSR turut berkongsi beberapa ciri sama dengan HONOR Magic V2. Telefon ini mempunyai ketebalan hanya 9.9mm apabila dilipat dan dimuatkan dengan
bateri karbon silikon 5,000mAh yang disokong pengecasan pantas HONOR SuperCharge 66W.

Peranti ini menggunakan engsel aloi titanium ultraringan yang diiktiraf oleh SGS bagi
mencapai reka bentuk nipis yang luar biasa. Bagi perlindungan lebih baik, HONOR Magic V2 RSR menggunakan kaca Nanohablur yang adalah 10 kali ganda lebih rintangan jatuh berbanding kaca standard biasa.

Selain itu, HONOR Magic V2 RSR didatangi dengan sistem tiga kamera yang hebat terdiri daripada 50MP Kamera Utama, 50MP Kamera Ultralebar, 20MP Kamera Telephoto serta dua kamera depan 16MP.

Model istimewa ini dikuasakan dengan cipset yang sama dengan HONOR Magic V2 iaitu Qualcomm Snapdragon 8. Prapesanan HONOR Magic V2 dan bawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM3,247 termasuk HONOR Choice Robot Cleaner R2.

Sementara itu, prapesanan HONOR Magic V2 kini dibuka sehingga 24 Januari dan ditawarkan pada harga RM6,999 dengan kapasiti storan 16+512GB. Peranti ini didatangi dalam tiga warna premium iaitu hitam Black, unggu Purple dan Black (PU).

Pembeli awal akan mendapat hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM3,247 merangkumi HONOR Choice Cleaner Robot, Pemegang Telefon Boleh Lipat Graviti
Kereta dan Perlindungan Skrin HONOR 365 Hari.

Prapesanan HONOR Magic V2 boleh dibuat menerusi laman web rasmi HONOR di
https://www.hihonor.com/my/shop/new-launch/
Pendaftaran untuk akses eksklusif HONOR Magic V2 RSR, boleh kunjungi
https://www.hihonor.com/my/phones/honor-magic-v2-rsr-porsche-design/

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini