Merujuk kepada pengumuman Daihatsu Motor Co., Ltd. (DMC) yang dikeluarkan
pada mengenai penggantungan model-modelnya disebabkan oleh “ketidakaturan prosedur”.
Perodua turut mengeluarkan kenyataannya sebagai maklumbalas kepada laporan
jawatankuasa audit bebas mengenai “ketidakaturan prosedur” yang dilakukan oleh
DMC semasa menjalankan ujian keselamatan kenderaan terhadap beberapa pengeluar kenderaan (OEM)”, yang diumumkan sebelum ini.
Laporan jawatankuasa audit bebas sepertimana yang diumumkan oleh DMC menyebut: “Pemeriksaan dan ujian ini mengesahkan bahawa kesemua 174 ketidakaturan yang dikenalpasti oleh jawatankuasa audit bebas memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan”.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya sedang melakukan penilaian terperinci mengenai isu tersebut dan sedang dalam perbincangan bersama pihak berkuasa Malaysia tentang kesan perkembangan ini terhadap kenderaan keluaran syarikat.
Pada 28 April 2023, DMC telah mengumumkan berlakunya “ketidakaturan prosedur” semasa menjalankan ujian keselamatan ke atas kenderaan di Jepun. Berikutan pengumuman itu, DMC telah menubuhkan jawatankuasa audit bebas yang terdiri daripada peguam dan tenaga kerja teknikal.
“Kami memohon maaf kepada para pelanggan yang kami hargai serta orang awam di
atas keresahan yang timbul daripada pengumuman ini. Niat kami adalah untuk memberi jaminan kepada para pelanggan yang kami hargai.
“Kami akan berkongsi hasil perbincangan ini dengan semua pelanggan kami dalam
masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.